Liga Super 2023 – Carta Keputusan Terkini & Jadual Perlawanan
Liga Super 2023
Liga Super Malaysia atau Malaysia Super League [MSL] adalah merupakan sebuah kejohanan liga bola sepak nombor satu di Malaysia.
Format pertandingan Liga Super dan Liga Premier akan dijalankan seperti berikut:-
- Format liga 2 pusingan (timbal balik);
- Kelab yang mendapat mata tertinggi selepas tamat semua Perlawanan akan dikira sebagai Juara; dan
- Jika terdapat Kelab yang mendapat mata yang sama, penentuan Kelab teratas hendaklah mengikut peraturan Penentuan Kelab Teratas / Pemenang (Perkara 3.6 Manual Pertandingan MFL)
Untuk tahun ini, 2023, Liga Super Malaysia menampilkan 14 pasukan selepas Liga Perdana dimansuhkan untuk tempoh tertentu.
Pada awalnya saingan Liga Super bakal disertai oleh 18 pasukan namun empat pasukan iaitu Melaka United dan Sarawak United FC dikeluarkan dari saingan susulan tidak mendapat lesen bertanding musim 2023 manakala Petaling Jaya City FC [PJ City FC] dan UiTM FC pula telah membuat keputusan menarik diri daripada persaingan.
Sebleum ini, terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.
BACA JUGA: Piala FA 2023: Kedudukan Carta Terkini & Jadual Perlawanan
Tarikh Perlawanan
Aksi Liga Super Malaysia musim kali ini akan berlangsung dari 24 Februari 2023 sehingga 17 Disember 2023 di mana aksi Piala Sumbangsih diantara pasukan JDT lawan Terengganu FC kali ini akan dikira sebagai perlawanan pertama liga.
Senarai Pasukan Liga Super Malaysia 2023
- JDT Selangor FC
- Terengganu FC
- Sabah FC
- Negeri Sembilan FC
- Kuala Lumpur City FC
- Sri Pahang FC
- Kedah Darul Aman FC
- Penang FC
- Kelantan FC
- Kuching City FC
- Kelantan United FC
- PDRM FC
- Perak FC
- Selangor FC
BACA JUGA: Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri – Cara Kira & Bayar
Carta Keputusan Kedudukan Terkini & Jadual Liga Super 2023
Maklumat Lanjut & Info Terkini
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, anda boleh layari pautan berikut: LIGA SUPER MALAYSIA – LIVE SKOR