SOP Fasa 3: Kapasiti Jemaah Bagi Solat Jumaat Di Masjid Ditambah

Selangor hari ini mengumumkan kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ditambah kepada 2,000 orang manakala bagi solat fardu lima waktu pula berjumlah 500 orang.

Pengumuman ini dibuat susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 di Selangor.

Selain itu, ketetapan baharu itu turut membenarkan seramai 700 orang untuk solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya manakala 600 orang di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dan masjid daerah.

Baca juga: Tarikh Sambutan Maulidur Rasul 2021

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau menambah lagi, bagi masjid pengurusan, seramai 400 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat, 500 jemaah di masjid institusi, 350 jemaah di masjid kariah dan 250 jemaah di surau yang diberi kebenaran solat Jumaat.

Manakala untuk surau kariah dan musolla, tiada jemaah dibenarkan melaksanakan solat Jumaat.

Bagi solat fardu lima waktu, seramai 300 jemaah dibenarkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya; Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang; masjid daerah; masjid pengurusan dan masjid institusi.

Namun begitu, bagi masjid kariah dan surau diberi kebenaran solat Jumaat, hanya 200 jemaah dibenarkan untuk solat fardu lima waktu dan 100 orang di surau kariah dan musolla.

Baca juga: Warga asing dibenarkan solat di masjid dan surau

Bilangan jemaah yang ditambah untuk kebenaran solat jumaat dan solat fardhu lima waktu adalah termasuk sekali dengan para pentadbir masjid dan surau.

Nawawi turut memperingatkan kepada para pentadbir, pegawai masjid, imam, bilal dan siak mestilah lengkap 2 dos vakisnasi untuk mengendalikan solat jumaat dan solat fardhu.

Disamping itu, sentiasa mengekalkan perlaksanaan SOP dan memberi peringatan berkala atau melalui penceramah kepada jemaah supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: