Hari Jururawat Sedunia: Tarikh & Sejarah Menarik Mengenainya

Hari Jururawat ~ Sambutan Hari Jururawat Sedunia adalah hari istimewa untuk meraikan para jururawat yang bertungkus lumus menjalankan tugas untuk merawat pesakit di hospital. 

Sesungguhnya, sumbangan seorang jururawat adalah sangat besar dan sama pentingnya dengan tugasan seorang doktor dalam urusan merawat dan memberikan perkhidmatan kesihatan awam.

BACA JUGA: Tarikh Sambutan Hari Ibu 2023 Di Malaysia

Tarikh Hari Jururawat Sedunia

Sambutan Hari Jururawat secara rasminya di sambut di seluruh dunia pada 12 Mei pada setiap tahun. Begitu juga di Malaysia. 

Jururawat adalah salah satu pilar utama dalam sektor kesihatan. Perhatian, kasih sayang, dan sokongan yang diberikan kepada pesakit tidak ternilai. Oleh itu, sambutan Hari Jururawat ini adalah signifikan bagi menghargai dedikasi dan pengorbanan seorang jururawat. 

Hari Jururawat

Peranan Jururawat

1. Jururawat merawat pesakit dengan memberikan rawatan secara fizikal dan juga sokongan emosional. Mereka memantau keadaan pesakit, memberikan ubat-ubatan, melakukan perawatan luka dan membantu doktor dalam merawat pesakit sekiranya diperlukan.   

2. Jururawat juga berperanan dalam memberikan informasi yang betul kepada pesakit dan keluarga mengenai perkara berkaitan dengan kesihatan, ubat-ubatan dan tindakan pencegahan. Mereka membantu pesakit memahami proses perawatan dan membimbing pesakit dalam mengambil keputusan yang tepat terkait kesihatan mereka. 

3. Jururawat menjalin hubungan empati dengan pesakit bagi mewujudkan suasana yang menyokong pemulihan pesakit. 

4. Jururawat bekerja sebagai satu pasukan dengan ahli perawat yang lain termasuk doktor.. Mereka berperanan dalam menyampaikan informasi, mengkoordinasikan rawatan dan memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang holistik. 

BACA JUGA: Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM Terkini 2023

Sejarah Sambutan Hari Jururawat

Hari Jururawat

Menurut Wikipedia, idea tentang sambutan Hari Jururawat ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan “Hari Jururawat”. 

Walaubagaimanapun sambutan secara rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.

Beberapa tahun selepas itu, iaitu pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. 

Bermula tahun tersebut, setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat. 

Tema Sambutan

2010 – Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care

2011 – Closing The Gap: Increasing Access and Equity

2012 – Closing The Gap: From Evidence to Action

2013 – Closing The Gap: Millennium Development Goals

2014 – Nurses: A Force for Change – A vital resource for health

2015 – Nurses: A Force for Change: Care Effective, Cost Effective

2016 – Nurses: A Force for Change: Improving Health Systems’ Resilience

2017 – Nurses: A Voice to Lead – Achieving the Sustainable Development Goals

2018 – Nurses: A Voice to Lead – Health is a Human right

2019 – Nurses: A Voice to Lead – Health for All

2020 – Nurses: A Voice to Lead – Nursing the World to Health

2021 – Nurses: A Voice to Lead – A Vision for Future Healthcare

2022 – Nurses: Make a Difference

2023 – Our Nurses. Our Future.

Kesimpulan

Hari Jururawat adalah kesempatan bagi kita semua untuk menghargai peranan penting yang dimainkan oleh jururawat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Jangan lupa sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jururawat atas kerja keras mereka yang luar biasa.

Selamat Hari Jururawat!

Sumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/12/hari-jururawat-sedunia-pengorbananmu-tidak-ternilai/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: