Pengeluaran ATM Antara Bank Akan Dikenakan Caj RM1 Mulai Februari

Caj pengeluaran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali berkuat kuasa mulai Februari tahun hadapan.

Selepas CIMB membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, perkara sama turut diumumkan Maybank.

Dalam peringatan ringkas di laman webnya, Maybank memaklumkan: “Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank”.

caj rm1 atm
Kredit foto : Berita Harian

Difahamkan setakat ini antara bank yang memaklumkan langkah itu kepada pelanggannya menerusi makluman media sosial adalah CIMB Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.

Sebelum ini, para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Pengecualian itu diteruskan sehingga kini apabila kerajaan memaklumkan sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Jika sebelum ini, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan mereka akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.

Sumber: Buletin TV3, Harian Metro

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: