Cara Bayar Saman PDRM Di Mesin ATM Maybank

CARA BAYAR SAMAN PDRM DI MESIN ATM MAYBANK

Seperti yang dimaklumkan hari ini,

YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui kaedah manual atau secara online.

Antara cara bayar saman yang boleh anda lakukan adalah:

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

Tahukah anda bagaimana cara nak buat bayaran saman melalui ATM Maybank?

Jom kami kongsikan sebuah perkongsian oleh MasNiza Smize yang telah berjaya membuat bayaran melalui mesin ATM Maybank pada 12 Disember 2021.

Semoga bermanfaat!

Cara Bayar Saman Di Mesin ATM Maybank

Berikut adalah cara bayar saman PDRM 80% diskaun di mesin ATM Maybank.

LANGKAH 1

Pergi ke mana-mana ATM Maybank.

Tekan menu PAYBILL

LANGKAH 2

Pilih tab BAYARAN SAMAN.

LANGKAH 3

Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang tertera.

LANGKAH 4

Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar.

LANGKAH 5

Tunggu notifikasi Transaksi Berjaya.

LANGKAH 6

Simpan resit untuk rujukan dan rekod anda.

Baca juga:

Selesai!

Semoga berjaya bayar saman dan dapatkan diskaun dalam tempoh yang ditetapkan. Ingat, last dapat diskaun 80% ialah 31 Disember ni ya!

Sumber: https://www.facebook.com/masniza.degea/posts/10159369177058070

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: