in

Bantuan Sehingga RM10,000 Untuk Mangsa Banjir Terengganu & Kelantan

ADVERTISEMENT

Kerajaan akan membayar Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 7,651 keluarga mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu secepat mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setiap keluarga akan memperoleh bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000.

ADVERTISEMENT

“Untuk Kelantan, jumlah mangsa banjir adalah seramai 9,056 mangsa membabitkan 2,995 keluarga, manakala di Terengganu mencatatkan 17,641 mangsa membabitkan 4,656 keluarga.

“Untuk bantuan wang ihsan, kita akan segerakan pembayaran secepat mungkin. Kalau boleh, sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, setiap keluarga sudah mendapat bantuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, ketua keluarga yang tidak berpindah namun terjejas dalam bencana banjir, turut layak menerima bantuan wang ihsan.

“Selain bantuan wang ihsan, mangsa banjir juga menerima bantuan lain termasuk wang tunai RM2,500 bagi pembelian barangan keperluan asas dalam rumah serta baucar RM1,000 untuk membaik pulih kenderaan yang rosak.

“Selain itu, mangsa banjir juga menerima baucar atau rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan juga akan membayar bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa korban banjir termasuk empat di Kelantan.

“Secara keseluruhan hasil lawatan saya di dua negeri, banjir kini itu hampir pulih dan mangsa banjir menunggu masa untuk pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

Sumber: Berita RTM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

masih positif selepas kuarantin 7 hari

Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari, Ini Penjelasan Doktor

NUZUL QURAN

Hari Nuzul Al-Quran 2022 & Tarikh Cuti Umum Negeri Di Malaysia