Semakan Bayaran BSH 2020 Mulai 23 November Ini (Rayuan Fasa 3)

Seperti yang dimaklumkan kenyataan media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bayaran BSH 2020 (Rayuan Fasa 3) akan disalurkan mulai 23 November 2020.

Untuk makluman, permohonan rayuan ini telah dibuka 7 Ogos hingga 9 September yang lalu, di mana 210,000 penerima telah lulus rayuan.

bayaran bsh 2020

Jumlah Bayaran BSH 2020

Jumlah bayaran BSH 2020 yang akan diterima oleh mereka yang lulus rayuan adalah bergantung kepada pendapatan isi rumah / kategori bujang.

bayaran bsh 2020
  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400

Selain itu, penerima kategori Isi Rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) bagi maksima 4 orang anak.

Ini bermaksud, bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan 4 orang anak akan menerima RM1,080 ( RM600 + [RM120 x 4 orang anak] ).

Baca juga: Tarikh Semakan GKP 2.0 Bermula 27 Nov, Bayaran 30 Nov Ini

Cara Semakan Status Bayaran BSH 2020

Semakan Status pembayaran Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online pada Portal BSH dengan mengikut langkah ini:

  1. Layari laman web Bantuan Sara Hidup 2020 di pautan https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan
  3. Pergi ke Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020).
  4. Status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil akan dipaparkan seperti berikut:
    • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 23 Nov 2020
    • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima dan Nombor Baucar akan dipaparkan pada semakan status

Maksud Status Bayaran Gagal Kredit

Jika anda merupakan penerima yang didapati Gagal Kredit, ini bermaksud akaun bank anda tidak aktif atau ditutup menyebabkan bayaran tidak dapat disalurkan melalui akaun bank tersebut.

Oleh itu, bayaran akan dibuat secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional pada tarikh yang ditetapkan.

Baca juga: Cara Kemaskini Status Zon Covid-19 Melalui MySejahtera

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan semakan bayaran rayuan BSH 2020 ini, pemohon boleh menghubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

  • SEKRETARIAT BSH
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya
  • HOTLINE BSH LHDNM
    1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
  • HOTLINE BSH MOF
    03-8882 4565, 03-8882 4566
  • E-MEL
    [email protected]
  • LAMAN WEB
    https://bsh.hasil.gov.my/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: