Keputusan GKP 2.0 Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR 14 Jan – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata PKS mikro terbabit boleh membuat semakan GKP 2.0 dalam masa terdekat ini.
Memetik dari Laporan LAKSANA Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN, beliau berkata bahawa setiap permohonan sedang disemak silang atau verifikasi dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan.
Ini adalah bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini demi kelangsungan perniagaan mereka.
Cara Semakan GKP 2.0
Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara online setelah tarikhnya diumumkan kelak.
- Layari portal rasmi GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Status Permohonan dan kelulusan anda akan dipaparkan.
- Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada BERJAYA KREDIT atau GAGAL KREDIT.
Baca juga: Pemohon Yang ‘Gagal Kredit’ GKP 1.0 Perlu Kemaskini Akaun Sebelum 14 November. Ini Caranya
Kenapa Gagal Kredit GKP 2.0?
Dalam kenyataan yang lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
“Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.“
Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP 1.0 sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
Jumlah Bayaran GKP 2.0
Jumlah nilai bantuan yang akan diterima oleh mereka yang memohon dan diluluskan ialah sebanyak RM3,000 secara one-off.
Antara Sebab Permohonan Tidak Lulus
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah sebab utama permohonan yang tidak berjaya ditolak.
Menurut Tengku Zafrul, terdapat juga permohonan yang tidak akan diluluskan antaranya kerana tidak memenuhi syarat iaitu tiada lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Selain itu, antara sebab adalah kerana tidak memenuhi kriteria PKS mikro iaitu dengan bilangan pekerja melebihi 5 orang.
“Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya, termasuk PKS mikro. Oleh itu, GKP 2.0 ini adalah komitmen berterusan kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi negara,” katanya.
Katanya, ketika pelaksanaan GKP pertama, seramai 545,000 peniaga mikro seluruh negara sudah menerima manfaat dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion.
Baca juga: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri PKPB Untuk Pasangan PJJ, Urusan Keluarga & Kecemasan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM atau ajukan pertanyaan anda melalui medium berikut:
- Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
- Melalui HASiL Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
- Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
- Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial