Cara Mudah Hapus Lipas Dalam Kereta, Hanya 2 Bahan Diperlukan!
Siapa tidak suka jika keadaan didalam kereta kelihatan bersih dan kemas. Semua orang pasti menyukainya, tetapi ada satu perkara yang susah untuk dielakkan iaitu pembiakan anak lipas di dalam kereta.
Masalah lipas dalam kereta antara masalah yang sering dialami oleh pemilik kereta. Mana tidaknya apabila anak-anak duduk dalam kereta, pasti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal. Jadi, tidak hairanlah jika kereta mudah dihinggapi lipas dan menjadi tempat pembiakannya.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kerata yang bersih tanpa sisa makanan tetap dihinggapi lipas dan menjadi satu tempat pembiakan nya.
Menerusi video di TikTok Fareezsarifudin berkongsikan cara dan tips mudah untuk menghapuskan lipas di dalam kereta.
Di dalam video tersebut, lelaki ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja untuk menangkap lipas kecil di dalam kereta.
Antara bahan yang di perlukan adalah:
- Minyak masak terpakai
2. Mentega
Campurkan kedua bahan tersebut didalam bekas kosong kemudian biarkan semalaman di dalam kereta.
Dan hasilnya, beberapa ekor lipas kecil telah berjaya dijumpai dan terperangkap di dalam bekas tersebut pada keesokan harinya.
Mudah je kan? Ini kerana lipas kecil ini suka akan bau manis makanan. Jadi mudah untuk memerangkap lipas tersebut.
Lihat video penuh dibawah:
@fareezsarifudin Ni bukan resepi memasak 😆#fyp #fypシ #esekeli #Lockdown
♬ son original – Cambo l’algérienne 🇩🇿🇰🇭
Kredit: Tik Tok fareezsarifudin
Ingin kan tips yang lain tekan disini