in

SOP Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah & Institusi KPM

sop pelitup muka kpm
ADVERTISEMENT

SOP & SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI SEKOLAH / PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia bertarikh 7 September 2022 berkaitan semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka.

ADVERTISEMENT

Mengambil kira sesi persekolahan penggal 3 bagi Sesi Akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 11 September 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 12 September 2022 bagi negeri Kumpulan B , KPM ingin memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam bangunan ( indoor ) dan di luar bangunan ( outdoor ) atau kawasan terbuka di kawasan institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu. Walau bagaimanapun, KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak.

Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, pemakaian pelitup muka semasa di dalam bangunan ( indoor ) kawasan institusi pendidikan adalah diwajibkan, manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan ( outdoor ) kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

Bagi individu yang dikesan positif COVID – 19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID – 19 ( CAC ) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan.

Di samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas / van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e – hailing.

Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Sumber:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 10 September 2022

sop pelitup muka sekolah
sop pelitup muka sekolah

Rujuk video di bawah bagi ringkasan penjelasan SOP pelitup muka di sekolah & institusi KPM oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Sumber: Tiktok Dr Radzi Jidin

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Promosi Starbucks 9.9 : Hanya RM9.90 Untuk Minuman Ini Sepanjang Hari!

pendaftaran tahun 1 2022

Semakan Penempatan Tahun 1 & Tarikh Pendaftaran Sesi 2023/2024 KPM