in

Bayaran BKM Fasa 3 & 4 Mungkin Ditambah Jika Kenaikan Harga Barang Berterusan

bkm fasa 3 4
ADVERTISEMENT

Bayaran BKM Fasa 3 dan 4 mungkin akan ditambah jika masalah kenaikan harga barang masih berterusan – PM Ismail Sabri

Akhir-akhir ini ramai yang mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup apabila kebanyakan barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur semakin mahal di pasaran.

ADVERTISEMENT

Di media sosial, isu ini turut menjadi tular apabila ramai yang berkongsikan harga terkini barang-barang kawalan tersebut di kawasan masing-masing.

Walaupun BKM Fasa 2 baru disalurkan, namun ia dilihat sebagai langkah yang kurang berkesan untuk menangani isu tersebut.

Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan membolehkannya disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

bkm fasa 3 4

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. 

Untuk makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.

Berikut dikongsikan jadual bayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4.

Sumber: Utusan Malaysia , LHDNM

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Semakan Maklumat Calon & Jadual UPKK 2022 (Portal SIMPENI)

ayam goreng air fryer

Cara ‘Goreng’ Ayam Guna Air Fryer, Tanpa Minyak Pun Tetap Garing!