Menu Rahmah McD: Set Burger Ayam, Minuman Dan Bubur RM5 sahaja!
Menu Rahmah McD ~ Berita baik buat penggemar McD!
Tahukah anda, McD juga merupakan salah satu restoran besar yang menagmbil peluang untuk memperkenalkan menu rahmah bagi menyahut seruan kerajaan.
Baru-baru ini, McD telah memperkenalkan lagi Tambahan BAHARU dalam Menu Rahmah McD yang sedia ada sebelum ini.
Nak tahu lebih lanjut? Mari teruskan membaca.
Menu Rahmah
Menu Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban rakyat.
Inisiatif ini telah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menangani kesulitan golongan kurang berkemampuan.
Menu rahmah menawarkan hidangan makanan tengah hari atau malam dengan harga RM5 sepinggan atau kurang.
Hidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus. Lazimnya, hidangan yang dijual adalah termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.
BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Untuk B40 – Semakan & Rawatan Percuma
Pilihan Set Menu Rahmah McD – RM5 Sahaja!
Terdapat beberapa pilihan tambahan menu rahmah yang ditawarkan baru-baru ini, antaranya ialah:
- Menu Rahmah Burger Ayam + Teh Ais Limau (kecil)
- Menu Rahmah Bubur Ayam (kecil) + Teh Ais Limau (kecil)
- Menu Rahmah McEgg + Teh Ais Limau (kecil)
- Menu Rahmah Cheeseburger + Teh Ais Limau (kecil)
Selain itu, terdapat juga menu kegemaran ramai yang diperkenalkan semula seperti foldover ayam dan foldover daging. Anda boleh rujuk McD terdekat anda untuk pelbagai pilihan menu yang lain.
Lokasi Menu Rahmah McD
Anda boleh dapatkan set Menu Rahmah McD ini di semua 340 cawangan restoran McD seluruh negara. Rujuk pautan berikut untuk mengetahui lokasi McD berdekatan anda: https://www.mcdonalds.com.my/locate-us
Selain itu, anda juga boleh menempah Menu Rahmah McD melalui aplikasi McD dengan harga yang sama. Mudahkan?
Lokasi Restoran/Kedai Makan Menawarkan Menu Rahmah
Terdapat banyak lagi restoran dan kedai makan yang turut menawarkan pelbagai hidangan Menu Rahmah.
Anda boleh cari restoran atau kedai makanan di seluruh negara yang menyediakan menu rahmah melalui portal Menu Rahmah Madani Malaysia. Sila layari pautan berikut:https://menurahmah.kpdn.gov.my/
Bukan itu sahaja, para peniaga yang turut ingin menawarkan Menu Rahmah di restoran/kedai makan mereka juga boleh mendaftar melalui pautan yang sama.
BACA JUGA: Menu Rahmah RM5 – Senarai Menu & Premis Terlibat – KPDN
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi McD, muat turun aplikasi McD atau rujuk Facebook McD Malaysia.