Jualan Tiket ETS Online Dibuka Mulai 12 Oktober (Kod Promo: BOLEHRENTAS)

Berita baik yang ditunggu-tunggu telah tiba! Jualan tiket online bagi perkhidmatan ETS akan dibuka pada 12 Oktober 2021 (Selasa) bermula jam 3 petang.

Pihak KTMB telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan ETS berkuatkuasa 14 Oktober, seperti yang dimuatnaik di laman Facebook Rasmi KTMB.

tiket ets online

Lebih banyak pilihan waktu perjalanan dan lebih banyak tawaran tempat duduk yang disediakan untuk anda.

Dapatkan tiket segera sebelum anda menggigit jari.

tiket ets online

Semak jadual waktu perjalanan melalui https://bit.ly/3quxiHI

Cara Beli Tiket ETS Online & Kod Promo

Pembelian tiket lebih mudah dan cepat secara dalam talian di https://bit.ly/3kWOQv5 atau aplikasi KTMB Mobile dan melalui semua medium pembelian tiket KTMB.

Istimewa untuk pelanggan ETS, nikmati diskaun tambang RM5 dengan menggunakan promo kod *BOLEHRENTAS.

*Terhad untuk 10,000 penumpang dewasa terawal dengan pembelian tiket bernilai RM40 ke atas untuk perjalanan sehala atau dua hala.

Bagi KTM Ekspres Rakyat Timuran pula, anda boleh nikmati potongan sebanyak RM10 dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI.

Untuk tempahan tiket, sila buat pembelian melalui laman web KTMB:

https://online.ktmb.com.my/

Baca juga: Senarai Homestay Port Dickson Dengan Private Pool (TERKINI)

SOP Perjalanan Melalui Tren ETS / KTMB

Diingatkan bahawa sebelum menaiki tren, anda perlu mengemukakakn sijil digital vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi.

  • Pastikan anda memakai pelitup muka
  • Mengimbas QR Code MySejahtera
  • Mengimbas suhu badan
  • Berada di stesen 1 jam sebelum tren berlepas
tiket ets online

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.ktmb,com.my

Selamat balik kampung dan bercuti.

Jangan lupa jaga SOP!

Baca juga: 88 Tempat Menarik Di Melaka & Port Makan Best Terkini (2021)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: