Pengguna Perlu Aktifkan ‘Facebook Protect’ Sebelum Akaun Disekat

facebook protect

Adakah di antara anda yang telah menerima satu notifikasi Facebook Protect?

Ia adalah salah satu program sekuriti yang boleh diaktifkan untuk melindungi akaun pengguna Facebook.

Memetik dari Facebook, ia merupakan “program perlindungan untuk kumpulan orang yang lebih cenderung menjadi sasaran penggodam berniat jahat, seperti pembela hak asasi manusia, wartawan dan pegawai kerajaan.”

Mungkin ramai menganggap bahawa ianya spam dan tidak mengendahkan notis tersebut.

Namun, beberapa pengguna dilaporkan telah dilog keluar dari Facebook dan tidak dapat mengakses akaun mereka.

blank

Kenapa Perlu Aktifkan Facebook Protect?

Menurut sumber, langkah mengunci akaun atau mengaktifkan Facebook Protect ini dapat mengelakkan skim kecurian identiti dan penipuan mata wang kripto oleh penggodam.

Inisiatif ini mula dilancarkan tahun lepas diteruskan hingga kini. Mereka mengenal pasti orang “yang mempunyai ramai pengikut, mengoperasikan Halaman (FB Page) yang penting atau mempunyai kepentingan komuniti.”

Baca juga:

Bagaimana Mengaktifkannya?

Melalui pengaktifan Facebook Protect, anda hanya perlu melakukan dua perkara;

  1. Gunakan kata laluan yang kompleks dan
  2. Melakukan pengesahan two-factor authentication (2FA). 2FA bermakna nama pengguna dan kata laluan anda tidak mencukupi untuk log masuk ke Facebook. Anda juga perlu memasukkan kod pengesahan dari telefon mudah alih anda. Ini boleh dijana oleh apl seperti Google Authenticator atau mereka boleh menghantar kod kepada anda.

Ini adalah langkah perlindungan untuk memastikan akaun anda lebih selamat dan terhindar daripada penggodam.

Jangan risau, ini bukan muslihat Facebook untuk mencuri lebih banyak data anda.

Ketua dasar keselamatan Meta, Nathaniel Gleicher melalui Twitter juga telah berkongsi bahawa mereka akan terus menambah baik proses pemberitahuan untuk mengelakkan kekeliruan berulang.

Dalam masa yang sama, mereka juga terus kembangkan ciri ini kepada lebih ramai pengguna. Kini ciri keselamatan tersebut sudah tersedia kepada lebih 50 buah Negara.

Jadi, sudahkah anda aktifkan Facebook Protect?

Jika belum, berikut dikongsikan langkah mudah untuk aktifkan Facebook Protect melalui aplikasi FB:

  1. Buka tetapan (simbol gear atas kanan)
  2. Tekan Password and Security di bawah bahagian Account
  3. Kemudian hidupkan Facebook Protect di atas sekali.

Ini adalah amalan terbaik keselamatan standard yang semua orang sepatutnya sudah lakukan.

Sumber: https://www.theverge.com

Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/gpa/blog/facebook-protect