Perkhidmatan Maybank2u & ATM Maybank Tergendala Pada 19 Jun 2021

Maybank telah mengeluarkan notis penting mengenai penyelenggaraan sistem yang akan dibuat pada hari Sabtu ini, 19 Jun 2021. Semasa penyelenggaraan ini, beberapa perkhidmatan Maybank tidak akan dapat digunakan untuk sementara waktu.

Bagi urusan dalam talian, perkhidmatan Maybank2u dan Perbankan Mudah Alih tidak akan beroperasi dari pukul 03.30 pagi sehingga 10.00 pagi.

Untuk perkhidmatan mesin ATM dan Terminal Layan Diri, ia akan mula beroperasi bermula pukul 10.00 pagi, bukannya pukul 6.00 pagi seperti hari biasa.

Untuk perkhidmatan mesin ATM dan Terminal Layan Diri, ia akan mula beroperasi bermula pukul 10.00 pagi, bukannya pukul 6.00 pagi seperti hari biasa.

Maybank memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi dan menghargai kerjasama pengguna sewaktu tempoh penyelenggaraan berjalan. Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 (dalam Malaysia) atau +60378443696 (luar negara).

SUMBER https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2021/june/mbb-system-maintenance.page?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: