in

eGL HRMIS: Cara Jana GL Kerajaan Guna Handphone (Masuk Hospital)

cara dapatkan gl kerajaan
ADVERTISEMENT

Kalau dulu perlu tunggu pejabat buka dulu untuk dapatkan GL Kerajaan ni.

Tapi sekarang kita dah boleh dapatkan bila-bila masa dan dimana-mana saja hanya guna handphone saja.

Di sini kami kongsikan cara dan langkah yang perlu dilakukan, manalah tahu untuk kegunaan masa hadapan kan.

ADVERTISEMENT

Apakah GL Kerajaan (MyHRMIS eGL)?

Aplikasi MyHRMIS eGL adalah untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) bagi penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada GL yang dicetak melalui aplikasi HRMIS atau GL manual.

Fungsi utama aplikasi MyHRMIS eGL adalah untuk memudahkan Penjawat Awam menjana Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) dengan lebih cepat.

Aplikasi MyHRMIS eGL juga menyediakan fungsi-fungsi lain iaitu:

  1. Paparan maklumat pegawai
  2. Paparan maklumat kelayakan wad
  3. Paparan maklumat ahli keluarga
  4. Direktori Hospital/Klinik

Baca juga: Tarikh Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 (RM600) & FAQ

Cara Dapatkan GL Melalui Handphone

Di sini kami kongsikan cara untuk dapatkan Guarantee Letter (GL) hanya dengan aplikasi di dalam telefon.

gl kerajaan
  1. Buka Google Play Store (bagi pengguna Android) atau Apple iStore (bagi pengguna Apple)
  2. Cari Aplikasi MyHRMIS eGL
  3. Install MyHRMIS eGL di handphone anda
  4. Bila dah siap download, buka aplikasi MyHRMIS eGL
  5. Klik “Pengguna kali pertama”
  6. Masukkan No KP, Kata Laluan dan No Tel.
  7. Klik “Daftar”
  8. Klik simbol “tiga garisan” dibahagian atas kiri aplikasi
  9. Klik “Jana eGL”
  10. Pilih “Maklumat Tanggungan”. Jika anda nak dapatkan GL kerajaan tu untuk diri sendiri, tidak perlu klik apa-apa.
  11. Pilih “Maklumat Hospital”
  12. Klik “Jana eGL”
  13. eGL akan dijana secara automatik dan akan dipaparkan dengan perisian PDF Reader untuk membukanya.
  14. Sekarang sudah boleh cetak dan serahkan kepada pihak hospital.

Rujuk video di bawah tentang MyHRMIS eGL

Maklumat Tambahan

Perkhidmatan eGL ini ditawarkan kepada semua kakitangan awam persekutuan yang telah mengguna pakai sistem HRMIS di jabatan / agensi masing-masing.

Dengan adanya perkhidmatan ini, kakitangan awam persekutuan yang ingin mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan tidak perlu membawa bersama mereka surat pengesahan diri yang telah ditandatangani daripada ketua jabatan / agensi masing-masing.

Siapa Yang Boleh Guna GL Kerajaan?

Perkhidmatan eGL ini juga ditawarkan kepada semua ahli keluarga kakitangan awam seperti yang termaktub di dalam perintah am.

Kakitangan awam persekutuan hanya perlu memaklumkan kepada petugas kaunter nombor kad pengenalan mereka, serta nama diri atau nama ahli keluarga yang akan mendapatkan perkhidmatan di kaunter-kaunter terpilih untuk mendapatkan surat pengesahan diri secara elektronik tersebut.

Baca juga: Hati-hati Buang Bungkusan Pos Yang Tertera Maklumat Peribadi – PDRM

Syarat-syarat Menggunakan Perkhidmatan eGL di Hospital Kerajaan.

  1. Pemohon hendaklah memastikan jabatan / agensi tempat mereka bertugas menggunakan sistem HRMIS dalam merekodkan maklumat perjawatan mereka.
  2. Pemohon hendaklah memastikan maklumat rekod peribadi dan rekod keluarga adalah lengkap dan kemaskini .
  3. Pemohon membawa bersama kad pengenalan mereka di kaunter-kaunter terpilih.

Senang, kan?

Jadi lepas ni bolehlah print GL kerajaan dengan mudah dan dapatkannya melalui handphone saja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang eGL HRMIS, sila layari laman web https://www.eghrmis.gov.my/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan khas penjawat awam 2021 ed

Tarikh Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 (RM600) & FAQ

lexis penjawat awam

Pakej Istimewa Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam, Hingga 30 Jun 2021