Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2022 / 1443H

Panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat pencerapan dan tarikh rasmi Aidiladha 1443H telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada 29 Jun 2022 depan.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada insiden ‘raya mengejut’ mungkin terjadi lagi seperti mana Hari Raya Aidilfitri yang ditetapkan sehari awal berbanding tarikh asal yang diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan bagi tahun 1443H sebelum ini.

INFO HILAL ZULHIJJAH 1443H/2022M

Untuk Makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1443H pada petang ini di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bagi menentuan permulaan bulan Zulhijjah 1443H.

InsyaAllah, pengisytiharaan 1 Zulhijjah 1443H akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja pada malam ini.

Jangkaan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2022 & Wukuf

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, setakat ini tarikh perayaan itu masih kekal lagi seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.

“Setakat ini saya mohon kita berpegang tarikh sedia ada kerana belum ada pertukaran baharu kecuali selepas pencerapan pada petang 29 Jun nanti,” katanya di sini semalam.

Isu tarikh Aidiladha menjadi perbincangan panas umat Islam tempatan akhir-akhir ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf di Arafah dijangka jatuh pada 8 Julai depan.

Kelazimannya perayaan tersebut akan disambut sehari selepas perhimpunan jemaah haji itu yang kali ini turut digelar sebagai Haji Akbar atau amat besar kerana berlaku pada Jumaat.

tarikh hari raya pengumuman aidiladha aidilfitri

Baca juga:

Tarikh Hari Raya Aidiladha Diumumkan Pada 10 Julai

TERKINI
Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2022 Aidiladha

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Julai 2022 (Ahad)

Sebelum ini umat Islam di Malaysia berdepan dengan Raya ‘terkejut’ apabila tidak perlu berpuasa genap 30 hari dengan kali terakhir puasa Ramadan cuma 29 hari direkodkan pada 2018 lalu.

Bahkan situasi yang langsung tidak dijangka itu mencetuskan suasana kelam kabut persiapan Aidilfitri kerana dari segi hisab atau kiraan falak, hilal tidak mencukupi syarat imkanur rukyah.

Senario berbeza pula berlaku pada 30 Mei lalu apabila hilal Zulkaedah tidak menepati kriteria yang menyebabkan bulan Syawal 1443 Hijrah perlu digenapkan 30 hari dan bukannya 29 hari.

Perkara yang tidak diramalkan langsung itu juga membolehkan umat Islam di Malaysia dapat sehari tambahan lagi ‘beraya’ pada 31 Mei lalu manakala 1 Zulkaedah cuma bermula 1 Jun.

Ditanya apakah akan berlaku sekali lagi kejutan pada 29 Jun depan, Luqman berkata, beliau sendiri tidak pasti dan menyerahkan pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Saya pun tidak berani cakap mengenai tarikh sebenar Aidiladha ini, biarlah kita tunggu pada petang tarikh berkenaan sebab nanti akan timbul pelbagai spekulasi lain pula,” tambah beliau.

Ketika ini, terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: