Cara Kira & Bayar Fidyah Online Jika Lambat Ganti Puasa
Ramadhan hanya beberapa hari lagi. Kita dah boleh bayar fidyah online je sekarang.
Mungkinkah kita ada terlupa menggantikan puasa dan diwajibkan membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan.
Tapi, bagaimana cara kiraannya?
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang fidyah dan cara membuat bayaran fidyah secara online mengikut negeri masing-masing.
Apakah Fidyah?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Antara golongan yang wajib membayar fidyah :
- Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk
qadha puasa. - Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum
pembahagian harta pusaka dibuat. - Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
- Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan
anaknya.
Boleh rujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan / situasi yang mewajibkan seseorang membayar fidyah seperti di bawah:
Baca juga: Ini Senarai Penuh Logo-logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM
Kadar Bayaran Fidyah Mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia
Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat, sebagai contoh kadar fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.
Kadar fidyah adalah berbeza setiap negeri.
Berikut dikongsikan kadar bayaran dan cara membuat kiraan bagi hari yang perlu difidyahkan (merujuk kepada Ustazah Asma’ Harun).
Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan
Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Gandaan Fidyah
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Baca juga: Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting’ Supaya FB Tak Intai Data Kita
Cara Bayar Fidyah Online
Untuk memudahkan anda, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.
Anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:
- Kedah: RM1.80
- Gandaan : Pilihan atas kemampuan
- Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/e-fidyah/
- Perlis: RM5.00
- Gandaan : Tidak dikenakan
- Kalkulator online
- Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
- Pulau Pinang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
- Perak: RM1.80
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
- Selangor: RM1.80
- Gandaan : Tidak dikenakan
- Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
- Wilayah Persekutuan: RM4.00
- Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
- Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
- Negeri Sembilan: RM1.75
- Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan berganda)
- Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
- Melaka: RM1.80
- Gandaan: Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
- Johor: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Pahang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
- Terengganu: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
- Kelantan: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
- Sarawak: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
- Sabah: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php
Bila Perlu Bayar Fidyah?
Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.
Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.
Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Yang Ditinggalkan?
Mungkin ramai juga yang lupa nak catat berapa hari dah tinggal puasa setakat ni.
Jadi, apa nak buat?
Menurut page Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).
Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.
*Rujukan: Zakat Selangor, Faisal Rahim, Majlis Agama Islam Negeri, Pejabat Mufti Wilayah. Ustazah Asma’ Harun