Zakat Emas: Kadar Uruf Setiap Negeri (2020/2021) & Cara Pengiraan

Cara kira zakat emas bergantung kepada sifat dan penggunaannya, selain perlu merujuk kepada uruf yang ditetapkan di setiap negeri.

Islam melihat emas bukan sahaja sebagai bahan perhiasan indah bukan sahaja di dunia, malah bagi penghuni syurga di alam akhirat nanti.

Terdapat banyak potongan ayat al-Quran yang mengangkat emas sebagai perhiasan, harta, dan lambang kekayaan.

Ia juga dianggap sebagai simpanan yang boleh berkembang. Disebabkan ciri-ciri keistimewaan emas yang mempunyai nilainya tersendiri, adalah diwajibkan kepada pemilik emas untuk mengeluarkan zakat mengikut jumlah yang ada.

zakat emas

Zakat Emas Perhiasan yang Dipakai

Pada asalnya, perhiasan tidak dikira zakat. Namun jika perhiasan tersebut merupakan emas yang ditempa menjadi perhiasan, ia sudah dikira sebagai aset yang tidak bersifat subur dan berkembang.

Namun, zakat ini hanya perlu dibayar sekiranya pemakaian melebihi sekali dalam
setahun dan melebihi nilai uruf emas setempat.

Uruf emas merupakan kebiasaan pemakaian emas setempat.

Kadar Uruf Mengikut Negeri (2020/2021)

Kadar uruf mengikut negeri berubah setiap tahun.

Bagi tahun 2020/ 2021, kadar uruf adalah seperti berikut.

Selangor & Kuala Lumpur : 800 gram
Johor : 850 gram
Terengganu : 850 gram
Perak : 500 gram
Pahang : 500 gram
Negeri Sembilan : 200 gram
Melaka : 180 gram
Kedah : 170 gram
Perlis : 85 gram
Penang : 165 gram
Sabah : 152 gram
Sarawak : 90 gram
Kelantan : Tiada Uruf

Contoh Pengiraan

Bagi kawasan Wilayah Persekutuan, nilai uruf emas ialah 800gram.

Formula pengiraan adalah seperti di bawah :
Berat emas dipakai – berat uruf x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sekiranya berat emas yang dipakai ialah 900 gram, maka pengiraannya ialah :
900 g – 800 g X RM 238.81(contoh harga emas semasa) X 2.5%
= RM 5970.25

Zakat Emas yang Disimpan Tapi Tak Dipakai

Emas yang disimpan dan tidak dipakai perlu dikenakan zakat. Ia termasuk barang kemas yang disimpan yang tidak dipakai dan barang kemas yang sudah lama dan rosak.

Jika jumlah penyimpanan emas menyamai atau melebihi 85 gram dan mencukupi tempoh haul (setahun), maka wajib dikenakan zakat atas emas tersebut sebanyak 2.5%.

Cara Pengiraan:

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:
= Berat Emas Disimpan x Harga Emas semasa x Kadar Zakat 2.5%
= 100 gram x RM 238.81(contoh harga emas semasa) x 2.5%
= RM 5970.25

Emas Bercagar

Bagi emas yang dicagar, ia wajib dizakatkan kerana dikira sebagai emas simpanan.

Zakat perlu dibayar setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

Cara Pengiraan :

(Berat emas X harga emas semasa) – (nilai pinjaman + upah simpan) X 2.5% kadar zakat = jumlah zakat

Emas Pelaburan Patuh Syarak

Emas juga disimpan sebagai aset pelaburan. Terdapat dua jenis pelaburan emas yang patuh syarak iaitu pelaburan emas fizikal dan pelaburan emas dalam bentuk akaun emas (Gold Investment Account).

i) Emas Fizikal

Emas fizikal yang disimpan biasanya dalam bentuk syiling, jongkong atau wafer dan diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapat keuntungan.

Emas ini wajib dizakatkan jika bernilai 85 gram atau lebih dengan kadar zakat 2.5% bila cukup setahun.

Cara Pengiraan bagi zakat emas pelaburan:

Berat emas simpanan X harga emas semasa X 2.5% kadar zakat = jumlah zakat
= 100 gram x RM 238.81(contoh harga emas semasa) x 2.5%
= RM 5970.25

ii) Akaun Emas (Gold Investment Account)

Bank juga menawarkan pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan.

Akaun ini merekodkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan. Pelaburan ini patuh syarak kerana emas yang disimpan wujud secara fizikal dan boleh dimiliki oleh pelabur.

Jumlah emas melebihi 85 gram wajib dizakatkan seperti simpanan emas fizikal kerana diniatkan untuk pelaburan.

Cara Pengiraan :
Berat emas simpanan X harga emas semasa X 2.5% kadar zakat = jumlah zakat

Kewajipan Menunaikan Zakat Emas

Emas merupakan sebahagian daripada harta dan setiap harta miliki wajib diinfakkan melalui zakat.

Setiap zakat yang dikeluarkan mempunyai hikmah kepada pengeluar dan penerimanya.

Ia juga merupakan cara untuk mendekatkan diri dengan Allah di samping menyucikan jiwa dari sifat mazmumah berdasarkan firman Allah SWT:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا

Maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk). (Surah At-Taubah : 103)

Oleh itu, segeralah berzakat supaya harta kita terpelihara dan rezeki sentiasa diberkati Allah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara kira zakat emas dan kadar uruf terkini, sila rujuk di pejabat Agama Islam Negeri masing-masing:

*Sumber rujukan: Zakat Selangor, PPZ MAIWP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: