Zakat ASB: Hukum, Syarat & Cara Pengiraannya Yang Perlu Kita Tahu

Tak kiralah berapa pun nilai dividen yang diumumkan, sebagai umat Islam kita perlu tahu bahawa Zakat ASB (Amanah Saham Bumiputera / ASNB) wajib dibayar jika telah cukup syaratnya.

Mungkin ramai antara kita yang masih keliru tentang hukum zakat ini, siapakah yang dikenakan zakat, dan bagaimana pula dengan cara pengiraannya?

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang Zakat ASB berdasarkan maklumat dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor untuk makluman dan peringatan kita bersama.

Hukum Pelaburan ASB

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah HARUS.

(Baca penerangan JAKIM selanjutnya: http://e-muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/fatwa-muamalat/117-pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya)

Rujuk ulasan tentang Hukum Zakat ASB dalam video di bawah ini:

Hukum Zakat ASB

Menurut Pusat Pungutan Zakat, (PPZ) Zakat adalah diwajibkan ke atas pelaburan di ASB.

Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi كل مال نام فهو وعاء للزكاة yang bermaksud setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat.

Pelaburan yang dibuat di ASB, adalah bertujuan untuk mengembangkan harta dan mendapat pulangan berupa keuntungan yang diperolehi menerusi dividen, bonus dan pendapatan ASB setiap tahun.

Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5%.

Baca juga: Zakat KWSP: Hukum, Syarat, Cara Pengiraan & Kaedah Bayaran

zakat asb 2020

Baca juga: Cara Semak Baki ASB Online Melalui Maybank (Maybank2U). Guna ATM Pun Boleh!

Cara Pengiraan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja.

Namun sekiranya pembayar ingin membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

NOTA: Cara pengiraan zakat ASB adalah berbeza mengikut negeri. Untuk mengetahui kaedah dan cara pengiraan yang lebih terperinci, sila rujuk Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing.

Di bawah ini disenaraikan link Pusat Pungutan Zakat bagi setiap negeri.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: