Penambahbaikan Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan (Pekeliling Bil 1 / 2021)
Hebahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 (Penambahbaikan Faedah Persaraan)
Penambahbaikan Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan
- Pegawai yang pada pandangan Ketua Jabatan tidak dapat melaksanakan tugas-tugas hakikinya disebabkan penyakitnya, boleh dibersarakan atas sebab kesihatan.
- Pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terus dibayar pencen perkhidmatan, selain ganjaran perkhidmatan award wang tunai gantian cuti rehat, setelah tarikh persaraan berkuat kuasa.
- Penetapan ini dibuat berdasarkan perenggan 10(5)(a) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau perenggan 10(5)(a) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] dengan berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995.
- Penambahbaikan yang dipersetujui melibatkan penambahan tempoh perkhidmatan yang akan memberi implikasi kepada pengiraan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan seperti dalam Jadual 1 yang disertakan.
- Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 dan terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan.
- Pekeliling Perkhidmatan ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan sebelum 1 Januari 2018.
- Sehubungan dengan itu, proses hitung semula akan dilaksanakan oleh JPA bagi pegawai yang dibersarakan mulai 1 Januari 2018 sehingga pekeliling ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
NOTA:
Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut boleh layari Portal Jabatan Perkhidmatan Awam dan dapatkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021.
Ada beberapa simulasi berdasarkan contoh yang diberi untuk lebih memahami kaedah pengiraannya.
Baca juga: Cara Kira Pencen Bulanan Yang Akan Diterima Mengikut Gaji Akhir
Boleh juga dapatkannya dengan klik pautan ini https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2021/pp012021.pdf
*Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)