in

Iklan Pengambilan Khas Guru DG41 Secara ‘One-off’ 7 Julai 2021 – KPM

pengambilan guru one-off spp
ADVERTISEMENT

PENGAMBILAN GURU DG41 MULAI 7 JULAI 2021

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen.

Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan.html) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my/ bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).

Walau bagaimanapun, SPP memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.

Oleh itu, di sini kami kongsikan maklumat dari laman web SPP dan pautan untuk permohonan jawatan yang berkaitan.

Sila rujuk iklan di bawah:

ADVERTISEMENT

PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
SECARA ONE-OFF TAHUN 2021

1.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

3. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum mengemukakan atau mengemas kini permohonan.

4.Senarai opsyen yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  • a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:
BIL.OPSYENBIDANG
1.BAHASA CINA
(Semenanjung)
Klik Di SINI
2.BAHASA IBAN
(Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
3.BAHASA INGGERIS
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
4.BAHASA KADAZAN / DUSUN
(Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
5.BAHASA MELAYU
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
6.BAHASA SEMAI
(Semenanjung)
Klik Di SINI
7.BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
8.DINI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
9.GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
10.MUZIK
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
11.PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
12.PENDIDIKAN ISLAM
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
13.PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
14.PENDIDIKAN KHAS
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
15.PENDIDIKAN MORAL
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
16.PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
17.REKA BENTUK TEKNOLOGI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
18.REKA CIPTA
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
19.SEJARAH
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
20.TAHFIZ
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
21.AGROINDUSTRI TANAMAN
(Semenanjung dan Sabah)
Klik Di SINI
22.AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI
(Semenanjung dan Sabah)
Klik Di SINI
23.AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN
(Semenanjung dan Sabah)
Klik Di SINI
24.AKUAKULTUR
(Semenanjung dan Sabah)
Klik Di SINI
25.BAKERI DAN PASTRI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
26.BIOTEKNOLOGI
(Semenanjung)
Klik Di SINI
27.FLORIKULTUR
(Semenanjung)
Klik Di SINI
28.HORTIKULTUR
(Semenanjung)
Klik Di SINI
29.INSURANS
(Semenanjung)
Klik Di SINI
30.KOSMETOLOGI
(Semenanjung dan Sarawak)
Klik Di SINI
31.PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN
(Semenanjung)
Klik Di SINI
32.PENGURUSAN PERUNCITAN
(Semenanjung)
Klik Di SINI
33.SENI KULINARI
(Semenanjung dan Sarawak)
Klik Di SINI
34.SENI REKA FESYEN
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
35.SENIBINA LANDSKAP
(Semenanjung)
Klik Di SINI
36.TEKNOLOGI AUTOMOTIF
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
37.TEKNOLOGI ELEKTRIK
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
38.TEKNOLOGI ELEKTRONIK
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
39.TEKNOLOGI ENJIN MARIN
(Semenanjung)
Klik Di SINI
40.TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM)
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
41.TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO
(Semenanjung)
Klik Di SINI
42.TEKNOLOGI PEMBINAAN
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
43.TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT
(Semenanjung)
Klik Di SINI
44.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
45.TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA
(Semenanjung dan Sarawak)
Klik Di SINI
46.TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI

NOTA: Bagi permohonan opsyen Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun/Bahasa Semai, permohonan juga dibuka kepada calon-calon :a) memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; atau
b) memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.

b) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:

BIL.OPSYENBIDANG
1.BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
2.MATEMATIK
(Semenanjung)
Klik Di SINI
3.MUZIK
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
4.PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
5.PENDIDIKAN KHAS
(Semenanjung dan Sarawak)
Klik Di SINI
6.PENDIDIKAN MORAL
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
7.PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
8.REKA BENTUK TEKNOLOGI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI
9.SEJARAH
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Klik Di SINI

NOTA: Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.

5. Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :

a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;

b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga; dan

c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga.

7. Calon-calon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 di SINI.

Sila rujuk maklumat di bawah untuk maklumat lanjut tentang pengambilan guru secara one-off.

Apakah Pengambilan Guru Secara One-Off 2021?

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Pengambilan khas ini akan mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara.

Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas sekiranya terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh Graduan Pendidikan.

Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.

Bagi yang berjaya, penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang pengambilan guru one-off yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini.

pengambilan guru julai 2021
pengambilan guru julai 2021

Mata Pelajaran & Negeri Kekurangan Guru

Dalam sidang media berkenaan juga dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi
pengambilan guru julai 2021

Sementara itu, negeri dengan jumlah kekosongan guru tertinggi bagi tahun terkini 2021 adalah:

  • Sabah
  • Sarawak
  • Johor
  • Selangor

“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pengisian Jawatan Guru Di SPP

Katanya, pengambilan khas guru itu adalah satu usaha bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) selepas ketiga-tiga pihak meneliti serta mengenal pasti kekangan dan pendekatan yang boleh diambil bagi merapatkan jurang kekurangan guru sedia ada bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di masa depan.

Susulan itu, JPA sudah memberi kelulusan khas untuk pengisian jawatan guru, yang kemudian membolehkan KPM mendapat persetujuan SPP dalam proses lantikan guru.

Radzi berkata, pihaknya menyedari, isu kekurangan guru itu tidak akan dapat diselesaikan jika kementerian masih melihat dan menggunakan pendekatan lama.

“Melalui pendekatan baharu ini kita dapati antara punca bekalan itu terhad apabila guru dengan opsyen tertentu hanya boleh mengajar mata pelajaran tertentu saja.

“Dalam konteks lain, guru ini juga boleh mengajar mata pelajaran berbeza atau hampir dengan ruang lingkup sama. Justeru apabila kita membuat kajian mendalam kita dapati, terdapat keperluan untuk mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran,” katanya.

Beliau berkata, melalui kluster opsyen mata pelajaran, bakal guru yang akan diambil dalam pengambilan khas itu akan disusun mengikut kelayakan dan kelulusan mereka mengikut kluster tertentu bagi membolehkan ruang atau kelompok tertentu sumber bekalan itu lebih luas.

Katanya, ia bagi membolehkan pemilihan calon berkelayakan bagi opsyen mata pelajaran yang memerlukan pengisian.

Cara Permohonan Pengambilan Guru One-off 2021 Melalui MySPP

Bagi pengambilan kali ini, KPM akan mengadakan kepelbagaian kaedah pelantikan berbanding sebelum ini yang hanya memberikan tumpuan kepada kaedah tertentu saja.

Biarpun, pengambilan khas itu akan memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai iktisas pendidikan, Radzi berkata ia tidak akan terhenti di situ saja, sebaliknya KPM akan melihat pengambilan secara menyeluruh dengan mengambil kira latar belakang pendidikan calon yang bersesuaian dengan kekosongan guru mengikut mata pelajaran.

“Ia adalah ‘one off’ dan mengambil kira kekurangan yang kritikal. Jika tiada graduan pendidikan yang boleh memenuhinya maka kaedah bersesuaian akan diambil dan diteliti oleh SPP,” katanya.

Bagi yang ingin membuat permohonan, pemohon perlu membuat pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), iaitu badan yang bertanggungjawab membuat pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran seperti guru dan pensyarah.

Sila rujuk: MySPP : Daftar Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Maklumat Lanjut & Pendaftaran SPP

Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan
pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP mulai tarikh jawatan dibuka iaitu 7 Julai 2021.

myspp 2021

Sila rujuk: Cara Mohon Jawatan Guru DG41 Melalui Portal MySPP

Talian Hotline mySPP :

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

*Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ZTE Melancarkan Lagi Peranti Baharu Yang Lebih Canggih? Ketahui Lebih Lanjut Disini

ds ismail sabri timbalan perdana menteri

DS Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri