in

Dasar BDR: Pekeliling Bekerja Dari Rumah (Mulai 1 Januari 2021)

dasar bekerja dari rumah bdr pekeliling qa
ADVERTISEMENT

DASAR BDR: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2020 / DASAR BEKERJA DARI RUMAH

Sebagai usaha berterusan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai, maka Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar BDR sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam

Berbeza dengan arahan sebelum ini yang dikeluarkan secara ad hoc melalui Surat Edaran, pekeliling ini menjadi dasar yang rasmi.

ADVERTISEMENT

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata, “Pekeliling Perkhidmatan ini memberikan garis panduan yang lebih jelas. Kuasa juga diturunkan kepada Ketua Jabatan untuk mengarahkan BDR.”

Tarikh Berkuatkuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.

Prinsip Pelaksanaan Dasar BDR / Pekeliling Bekerja Dari Rumah

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk
BDR berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling
perkhidmatan ini.

BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari Rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila:

  • mendapat arahan daripada Kerajaan; atau
  • mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan

Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi
kepentingan perkhidmatan.

Baca juga: Darurat Diperkenan Sehingga 1 Ogos 2021 – YDP Agong

Peraturan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Bagi pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR, perkara-perkara yang
berikut hendaklah dipatuhi:

  1. sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan;
  2. sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya;
  3. sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan
  4. semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada:
    • (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
    • (ii) Arahan Keselamatan;
    • (iii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan
    • (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai.

Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR.

Baca juga: Tarikh Gaji Penjawat Awam 2021 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia

pekeliling bekerja dari rumah dasar bdr

Baca / Muat Turun Pekeliling Penuh Bekerja Dari Rumah (BDR)ini:

Untuk maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan BDR berkaitan:

  • (a) Kaedah Pelaksanaan;
  • (b) Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR;
  • (c) Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan;
  • (d) Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan
  • (e) Pematuhan Peraturan

Sila rujuk Panduan umum dalam Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah & Soalan Lazim seperti dalam Lampiran di pautan: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2020/pp052020.pdf

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

darurat 2021

Darurat Diperkenan Sehingga 1 Ogos 2021 – YDP Agong

Ini 9 Peristiwa Darurat Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu