Untuk makluman Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2021 telah diumumkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Semua penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan Malaysia boleh mendapatkan maklumat mengenai gaji kakitangan awam 2021 dengan merujuk kepada jadual pembayaran gaji yang disertakan di bawah ini.
Jadual & Tarikh Gaji 2021 Penjawat Awam
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 25.01.2021 | Isnin | |
Februari | 09.02.2021 | Selasa | Tahun Baru Cina – 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu) |
Mac | 18.03.2021 | Khamis | |
April | 22.04.2021 | Khamis | |
Mei | 06.05.2021 | Khamis | Hari Raya Puasa – 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin) |
Jun | 14.06.2021 | Isnin | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu) |
Julai | 14.07.2021 | Rabu | Hari Raya Haji – 20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu) |
Ogos | 19.08.2021 | Khamis | |
September | 23.09.2021 | Khamis | |
Oktober | 25.10.2021 | Isnin | |
November | 25.11.2021 | Khamis | Hari Deepavali – 4 November 2021 (Khamis) |
Disember | 20.12.2021 | Isnin | Hari Krismas – 25 Disember 2021 (Sabtu) |
NOTA: Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 adalah seperti di dalam jadual di atas dan ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4 Disember 2020 – Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Untuk cetakan, sila save fail JPEG yang dilampirkan di bawah:

Tarikh Bantuan Khas Penjawat Awam 2021
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 juga akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.
Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan pada 6 November yang lalu.
Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Kadar bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM 600 akan diberikan kepada kakitangan awam yang layak pada 25 Januari 2021 nanti.

Baca juga: eGL HRMIS: Cara Jana GL Kerajaan Guna Handphone (Masuk Hospital)
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Tarikh Gaji Penjawat Awam 2021 yang dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611