Senarai Bantuan Ibu Tunggal & Surirumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun

Di Malaysia, terdapat pelbagai skim bantuan ibu tunggal yang turut merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, dan perniagaan yang khusus untuk memperkasakan wanita.

Sebagai golongan sasaran dan sekiranya menepati syarat, anda boleh membuat permohonan melalui beberapa jenis bantuan di bawah ini.

Senarai Bantuan Ibu Tunggal & Suri Rumah (Kewangan & Perniagaan)

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak. 

Sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.

Terkini, Bantuan Kanak-kanak bakal dinaikkan kepada RM200 sebulan dan maksimum RM1000 sebulan sekeluarga seperti yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Maklumat lanjut layari: Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1000

2. Bantuan Orang Tua (BoT)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 

Bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua kini dinaikkan kepada RM500 sebulan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua

3. Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kad debit yang bernilai RM200 setiap bulan.

Maklumat lanjut, layari Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

4. Bantuan Zakat Negeri

Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Negeri masing-masing.

Siapa yang mengurus kutipan dan agihan zakat bagi negeri anda?

5. Bantuan Am Negeri JKM

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.

Jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.

Untuk makluman, permohonan bantuan kewangan adalah dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh negara.

Borang permohonan bantuan iaitu JKM18 boleh didapati SECARA TERUS di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh Negara atau MEMUAT TURUN borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my .

Berikut dikemukakan cara mendapatkan borang JKM18 :

  • Layari www.jkm.gov.my
  • Klik pada bahagian Perkhidmatan > Bantuan Kebajikan
  • Borang JKM18 dilampirkan pada bahagian bawah

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing.

6. Geran Pelancaran Perniagaan JKM

Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga

Untuk maklumat lanjut layari Portal JKM – Geran Pelancaran

7. Skim Pembiayaan Program TemanNita (TEKUN)

Skim ini Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Maklumat lanjut layari Portal TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan Program TemanNita

8. Skim DanaNITA (MARA)

Skim DanaNITA ini menyasarkan usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Pembiayaan sehingga RM50,000 dikhaskan untuk usahawan wanita Bumiputera dengan tempoh pembayaran maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

Maklumat lanjut sila layari Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA – Portal MARA

9. Bantuan Ibu Bersalin

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan http://bit.do/bib2020

Nota: Pautan hanya boleh dibuka apabila Akaun Google/Gmail anda telah ‘Log In’

Jika ada pertanyaan atau semakan status, sila hubungi iSarawakCare di https://www.facebook.com/iSarawakCare

10. iSuri KWSP

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Anda juga layak menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun apabila membuat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

11. Pendaftaran Ibu Tunggal (JPW)

Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Bagi tahun ini, pelaksanaan bantuan ini masih belum diumumkan.

Namun, anda boleh berdaftar sebagai ibu tunggal di laman web Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mendapatkan update terkini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita di http://iwanita.jpw.gov.my

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Antara kelebihan mendaftar ibu tunggal dengan iWanita ialah:

  1. Program peningkatan kemahiran dan
  2. Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.

Untuk info terkini, sila follow https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita jika permohonan akan dibuka semula buat tahun berikutnya beserta lain-lain aktiviti yang diadakan untuk pembangunan wanita.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]

Banyak Lagi Bantuan Ibu Tunggal & Suri Rumah

Sebenarnya memang banyak inisiatif kerajaan yang disalurkan kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah di peringkat Negeri, Daerah, atau komuniti tertentu.

Ibu tunggal dan surirumah juga digalakkan untuk mendaftarkan maklumat dalam e-Kasih sekiranya tergolong dalam golongan yang miskin dan miskin tegar.

Untuk maklumat lanjut dan update terkini tentang pelbagai bantuan ibu tunggal, wanita dan suri rumah, pastikan anda sentiasa menyemak aktiviti dan hebahan di media sosial dan laman web yang disenaraikan di atas ya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: