in

PM Lancar Yayasan Keluarga Malaysia

ADVERTISEMENT

Yayasan Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena dengan Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, di sini pada malam Sabtu.

Yayasan Keluarga Malaysia dilancarkan sebagai bantuan seluruh Keluarga Malaysia dalam memperoleh sokongan terutamanya kepada anak-anak yang terkesan pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENT

Menurut Perdana Menteri, institusi terbabit akan memberi bantuan kepada anak-anak Keluarga Malaysia terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000

Ismail Sabri

Beliau juga sempat menceritakan kisah sedih 13 anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga, hilang tempat bergantung dan berpaut kasih.

Adik Nazurah Nabilah Benyajeed, berusia 19 tahun yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya.

Ironinya, adik bongsu Hadrami baru berusia 3 tahun.

“Anak-anak ini antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19.

Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka. Mereka bukan sahaja hilang ibu bapa, bahkan hilang waktu-waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.

Baca juga : Permohonan Bantuan Bayaran Balik URUS B50 Mulai 15 November

Perdana Menteri turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini, agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti rakan-rakan seusia mereka.

Di bawah payung Keluarga Malaysia, pelbagai program dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan termasuklah Skuad Keluarga Malaysia, Keluarga Malaysia Siaga Bencana, Rumah Ikram Keluarga Malaysia, Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, Pakej Peranti Keluarga Malaysia, Pakej Penjagaan Covid-19 Keluarga Malaysia dan Residensi Rumah Keluarga Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pesta arab saudi

Pesta Di Arab Saudi Tanda Bencana Umat Akhir Zaman – Ustazah Asma’ Harun

bayaran i-citra disember terakhir

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan Disember 2021