Permohonan Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan 2022 Terkini

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2022

Berita baik untuk ibu bapa atau calon yang sedang mencari kerja, pengambilan Pegawai Bomba Bantuan kini sedang dibuka di Balai Bomba dan penyelamat bagi beberapa negeri di Malaysia untuk sesi pengambilan tahun 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sesi Pengambilan Bomba Bantuan 2022 untuk makluman bersama.

Apakah Bomba Bantuan?

Berbeza dengan pegawai bomba tetap yang memohon melalui SPA, khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk berkhidmat secara kontrak.

dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Pegawai Bantuan Bomba kemudiannya perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan.

Mereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.

Pengambilan ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menampung taburan balai bomba dan bilangan anggota yang tidak seimbang dengan keluasan kawasan perlu berisiko.

Pegawai Bomba_Bantuan juga akan menerima bayaran elaun berdasarkan tempoh waktu berkhidmat.

Syarat Kelayakan Asas

Syarat Kelayakan Umum Pegawai Bomba Bantuan adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
  4. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

Syarat-syarat khusus / fizikal boleh disemak melalui perincian iklan bagi setiap negeri yang membuat pengambilan.

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Malaysia 2022

IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

  • Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan
  • Nama Balai : Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti dimaklumkan dalam iklan (rujuk lampiran di bawah)

Kadar Elaun

Elaun Kehadiran : Kadar elaun bermula tahun 2021 ialah RM8 sejam untuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB).

Syarat Lantikan Bomba Bantuan 2022

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang bertulis

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai penglihatan yang baik;

(iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

Notis Kebenaran daripada Majikan

Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi

Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan –

Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat

atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiawww.bomba.gov.my

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan

Penyelamat yang terdekat atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia www.bomba.gov.my

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran

passport, Notis Kebenaran daripada Majikan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil

Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah

disahkan.

Alamat Permohonan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MASING-MASING

Baca juga:

Senarai Pengambilan Terkini Bomba Bantuan 2022

i) Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Pulau Pinang 2022

bomba bantuan

Syarat Permohonan

(Rujuk lampiran)

Lampiran Iklan : https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/Lampiran-Iklan-PBB.pdf?fbclid=IwAR02YJAMWb4Mb99oxprTvCZGIYz_c_j3qPoB16iFiikYP6ZmMiursnFfJ-g

arikh tutup permohonan: 30 Januari 2022

Muat Turun Borang Permohonan https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2021/08/Borang_Permohonan_PBB3_PBB4_Tahun_2018.pdf?fbclid=IwAR3L2Xpim8IxO9oIWIkfrQx3U2fYWdfE0nXJaejcRP3or7gmGcT1UpgS4HE

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada
IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
JALAN BATU KAWAN
14100 SIMPANG AMPAT
PULAU PINANG.
(U/P : BAHAGIAN OPERASI DAN PENYELAMAT)

ii) Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Perak 2022

Bagi pengambilan di negeri Perak, terdapat kekosongan pada Balai Bomba dan Penyelamat berikut:

  1. BBP Tambun
  2. BBP Ayer Tawar
  3. BBP Batu Kurau
  4. BBP Kampong Gajah
  5. BBP Batu Gajah
  6. BBP Tanjung Malim
  7. BBP Gerik
  8. BBP Selama
  9. BBP Slim River
  10. BBP Parit Buntar
  11. BBP Seri Iskandar
  12. BBP Hutan Melintang
  13. BBP Kamunting
  14. BBP Bidor
bomba bantuan

Syarat Permohonan

(Rujuk lampiran)

bomba bantuan 2022

Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2022

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/bomba.perak/posts/4531107170321845

Muat Turun Borang Permohonan https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2021/08/Borang_Permohonan_PBB3_PBB4_Tahun_2018.pdf?fbclid=IwAR3L2Xpim8IxO9oIWIkfrQx3U2fYWdfE0nXJaejcRP3or7gmGcT1UpgS4HE

iii) Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Terengganu 2022

PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA_BANTUAN (PBB) DAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN KESELAMATAN DI AIR (PBB SWART) BAGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 1 FEBRUARI 2022.

KEKOSONGAN HANYA DI BALAI BERIKUT :

  • BBP KUALA NERUS (PBB SWART SAHAJA)
  • BBP DUNGUN (PBB SWART SAHAJA)
  • BBP AL-MUKTAFI BILAL SHAH-AMBS-(PBB SAHAJA)
  • BBP KEMAMAN (PBB SAHAJA)
  • BBP KIJAL (PBB SAHAJA)
  • BBP CHENEH (PBB SAHAJA)
bomba bantuan

*Sila patuhi syarat lantikan yang diperlukan.
*Perlu jalani ujian pemeriksaan fizikal dan kecergasan yang ditetapkan

“SIAP SEDIA SETIAP MASA”

Tarikh tutup Permohonan: 1 Februari 2022

Muat Turun Borang Permohonan : Borang_Permohonan_Pegawai-Bomba-Bantuan

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bomba di pautan https://www.bomba.gov.my/

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA LEBUH WAWASAN,
PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA
NO. TEL : 603-8892 7600
E-MEL : korporat 

Facebook: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: