iPhone Slow Sebab Storage Penuh, Ini Cara Clear Memory Yang Tak Perlu

Phone Slow Sebab Memory Full, Ini Cara Lajukan iPhone Dengan Mudah & Clear Storage Yang Tak Perlu

Pengguna iPhone pasti sering alami masalah phone sering lag akibat memori yang sering penuh.

Walaupun storage dalam phone agak besar, namun ia masih tidak mencukupi sehingga boleh menjejaskan kelancaran phone.

Kita juga pasti ada banyak gambar dan video yang ingin kita simpan sampai penuh memori phone dibuatnya. Jadi, bagaimanakah cara untuk atasi masalah ini ?

Buat pengguna iPhone, anda pasti pernah semak Storage phone anda.

Selain storage daripada Apps, Media dan Photos, terdapat juga Other yang turut memakan memori phone anda.

Bagaimanakah caranya untuk memadamkan memori Other ini ?

 Cara Lajukan iPhone

Cara Lajukan iPhone Dengan Clear Memory Yang Tidak Diperlukan

Perkara yang merujuk kepada Other di bahagian Storage anda boleh berpunca daripada perkara yang tidak penting  seperti History dari penggunaan Safari dan cache.

Anda boleh ikuti cara-cara di bawah untuk clearkan memory dari perkara yang tidak penting dalam telefon anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  • Pergi ke Setting > Pilih Safari > Scroll ke bawah dan Pilih Clear History and Website Data
  • Pergi ke Setting lagi sekali > Cari Messages > tekan Keep Messages dan pilih 30 days
 Cara Lajukan iPhone
 Cara Lajukan iPhone

Telegram pun boleh jadi salah satu punca memori penuh.

  • Pergi ke aplikasi Telegram > cari Setting > Tekan Data & Storage > Pilih Storage Usage > Tekan Clear Telegram Cache untuk buang cache.
Kredit Foto : remaja.my

Sayang Untuk Buang Gambar Tapi Nak Clear Storage ? Gunakan Google Photos !

Memang sayang untuk kita padam beribu-ribu gambar di Gallery. Kebanyakannya menyimpan banyak memori indah dan ingin kita ingati pada masa akan datang.

Tapi pada masa yang sama gambar-gambar dan video ini memakan ruang agak yang agak banyak dalam storage phone anda !  

Kalau anda ingin padam gambar tapi dalam masa yang sama ingin backup semua gambar dan video dalam iPhone, anda boleh gunakan Google Photos.

Kredit Foto : techradar.com

Berbanding dengan penggunaan iCloud yang limited iaitu hanya 5GB, ia mungkin tidak dapat menampung galeri gambar anda.

Lagipun, ia perlu dibayar tiap-tiap bulan. Sangat tidak berbaloi dan memakan kos !

Apa kata anda cuba aplikasi Google Photos ? Ianya tidak memakan ruang yang banyak dalam phone dan dapat menyimpan gambar serta video dengan baik.

Yang paling penting sekali, ia adalah percuma !

Cara-caranya adalah seperti berikut  :

  1. Download Google Photos
  2. Log in akaun Google  anda menggunakan Gmail
  3. Tekan Setting “Free Up Space”
  4. Slide ke bawah untuk backup
  5. Setelah complete, delete gambar yang sudah dibackup

Jangan risau, gambar dan video anda semua sudah disimpan di Google Photos !

Kalau nak tahu, Google Photos juga akan duplicate gambar dan akan menyimpannya dengan cara yang sama seperti dalam Galeri.

Ini akan memudahkan anda untuk cari semula gambar di Folder yang sama seperti Whatsapp, Twitter, dan sebagainya. Sangat mudah !

Untuk cari gambar mengikut folder di Google Photos, tekan Library dan anda akan dapati semua gambar telah disimpan persis seperti dalam Galeri phone anda!

Untuk simpan terus gambar akan datang terus ke dalam Google Photos, pilih Backup and Sync pada setiap folder gambar di Google Photos.

Anda bolehlah praktikkan tips mudah ini untuk lajukan iPhone yang selalu slow dan lag disebabkan terlalu berat kerana storage yang penuh.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dapatkan prestasi phone yang lebih baik dan laju.

Sumber :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: