Cara ‘Adjust’ Api Dapur Gas Warna Oren Jadi Biru. Taklah Hitam Periuk!
Sapa pernah mengalami situasi api dapur gas tiba-tiba jadi oren. Habis hitam belakang kuali tu kan?
Tak syoklah nak masak sebab api oren ni berjelaga, kurang berkualiti dan suhunya rendah berbanding api biru.
Jadi tak efisyen untuk kita memasak.
Jom kita tengok cara nak jadikan api gas tu berwarna biru semula.
Cara Adjust Api Dapur Gas Warna Oren Jadi Biru. Taklah Hitam Periuk Kat Rumah!
Cara- caranya :
- Pusingkan dapur korang ya & pusing kan benda yang ada anak panah ya.
- Pusingkan sampai menutup lubang ( anak panah ).(rujuk gambar ke 2)
- Nah hasilnya di gambar ke 3. Dah tak payah nak pening² nak beli baru..Jimat!!
RUJUK GAMBAR
Ni contoh gambar api dapur gas berwarna oren.
Memang tak syok rasa nak masak!
Cuba buka dekat bawah tu cari bahagian ni.
Pusingkan sampai tutup lubang tu.
Inilah hasilnya.
Api dapur gas dah jadi biru semula.
Info Tambahan
Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren / merah apa nak buat?
Caranya :
- Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
- Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
- Dan pasang semula tungku api tersebut.
Bagi yang guna dapur kaca, boleh cuba tips yanh dikongsikanoleh Fad Fadhil di bawah ini:
P/S: Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Sumber : Facebook Sharina Binti Othman
Mudah kan?
Semoga Bermanfaat!
Baca juga: