in

JKPJ JPA: Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman 2021

jkpj jpa biasiswa
ADVERTISEMENT

JKPJ : TAWARAN PENAJAAN BIASISWA JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2020

Dimaklumkam bahawa permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ) bagi tahun 2021 kini dibuka dari tarikh 10-23 Jun untuk lepasan SPM tahun 2020.

Sila rujuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan serta cara permohonan dalam maklumat yang dilampirkan dalam artikel di bawah.

PROGRAM KHAS JKPJ – JEPUN, KOREA, PERANCIS, JERMAN (JKPJ JPA) TAHUN 2021

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

jkpj jpa

Baca juga: MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru

Syarat Permohonan Program JKPJ JPA 2021

SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali; dan
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

SYARAT KHUSUS

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan perlu dirujuk dalam jadual berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/

Tarikh Permohonan JKPJ JPA 2021

Tarikh permohonan bermula dari 10 – 23 Jun 2021.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui laman web JPA https://esilav2.jpa.gov.my/

Semakan Kelulusan

Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC mulai 1 Julai 2021 secara dalam talian iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/ .

Student Assessment Centre (SAC) merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Penilaian SAC ini adalah untuk melihat keadaan fizikal, penampilan, kesesuaian, kerjasama, ketahanan, kematangan, daya kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan minat calon dalam bidang pengajian dan Perkhidmatan Awam.

Pusat SAC yang perlu dihadiri adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.

Maklumat Lanjut Tentang Program Khas JKPJ JPA

Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Program Khas JKPJ tahun 2021 akan diadakan sepanjang tempoh permohonan:

Tarikh: 11 sehingga 23 Jun 2021 (kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)

Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)

Pautan google meet: https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

myspr

MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2020 & Bantuan Ke IPT 2021