SKPM 2023 / 2024: Tarikh Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti @ Sekolah

SKPM 2023 / 2024: Tarikh Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti @ Sekolah | Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar, sila ambil perhatian. 

Pelaksanaan Penilaian kendiri Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Kualiti@Sekolah Bagi Kalender Akademik 2023/2024 mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 sehingga 14 Julai 2024.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Tarikh Buka Sekolah & Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 – KPM

SKPM – Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah diperkenalkan sejak tahun 2010 bagi memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Terdapat lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu:

  • STANDARD 1: Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)
  • STANDARD 2: Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.
  • STANDARD 3: Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • STANDARD 4: Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
  • STANDARD 5: Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Tarikh Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti @ Sekolah 2023/2024

Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah melaksanakan PKS SKPM Kualiti@Sekolah dan Manual Pengguna Modul SKPM Kualiti@Sekolah yang boleh dimuat turun melalui pautan yang terdapat pada papan pemuka (dashboard) MOEIS sekolah masing-masing.

Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti@Sekolah akan bermula pada 15 Ogos 2023 hingga 15 Julai 2024.

SKPM 2023 / 2024: Tarikh Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti @ Sekolah

Langkah-langkah Pelaksanaan SKPM Kualiti@Sekolah

Tarikh-Tarikh Penting

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti@Sekolah:

SKPM 2023 / 2024: Tarikh Pelaksanaan PKS SKPM Kualiti @ Sekolah

Instrumen

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: