TERKINI: Tarikh Baru SPM, STAM & UPBA Calon 2021 (Feb-Mac 2022)
Tarikh Terkini SPM (Bertulis & Amali), STAM dan UPBA 2021 – Dikemaskini
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan, peperiksaan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan dilaksanakan Mac tahun depan.
Dalam Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan terkini telah dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:
- Ujian lisan & Amali Sains : Februari 2022
- Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022
Sila rujuk jadual terkini SPM, STAM & UPBA calon 2021 yang akan dijalankan pada Februari – Mac 2022 di bawah:
TARIKH PELAKSANAAN SPM, STAM, UPBA SESI 2021 / 2022 & JADUAL LENGKAP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.
Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 sesi 2021/2022 pada 15 November 2021, KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian SPM, STAM dan UPBA seperti di Lampiran 1 hingga 4.
Senarai lampiran seperti berikut.
Jadual & Tarikh SPM / STAM / UPBA 2021 / 2022 – KPM
Sila rujuk lampiran jadual dan tarikh SPM, STAM, UPBA bagi sesi 2021 / 2022 di bawah:
a) Lampiran 1 :
- Jadual Waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu,
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu,
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris,
- Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan
- Ujian Amali Sains Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.
Lampiran 2 :
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021.
Lampiran 3 :
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021.
Lampiran 4 :
Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.
Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai 11 Disember 2021.
Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.
Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.
Sumber: Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 11 Disember 2021
MUAT TURUN
- Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021
- Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021 (Dikemaskini 11 Disember 2021)
- Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021 (Dikemaskini 11 Disember 2021)
- Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021