[TERKINI] Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 Secara ‘Online’ dan ‘Walk-in’

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 ~ Kepada ibu bapa yang mempunyai anak dan berhajat untuk memasukkan anak-anak ke prasekolah KPM, sila ambil perhatian beberapa maklumat penting di bawah untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+ tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 untuk melaksanakan program prasekolah yang telah dirancang dan dimulakan bagi tahun 1991/1992.

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025

Program Prasekolah di bawah KPM diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002.

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Tarikh Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 

Tarikh permohonan kemasukan dan pendaftaran prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2024 / 2025 secara dalam talian dibuka bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023. 

Cara Mendaftar

Terdapat dua cara untuk mendaftar bagi kemasukan ke Prasekolah KPM.

1.  Dalam Talian (online):

  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April** tahun sebelumnya.
  • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
  • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon beserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.**
  • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025

2. Manual:

  • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 30 April**  tahun sebelumnya.
  • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 
  • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 
  • Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

(**bergantung pada perubahan semasa, akan dikemaskini)

Manual Pengguna Untuk Pendaftaran Secara Dalam Talian (e-Prasekolah)

A. Membuat Pendaftaran Pengguna

  1. Layari pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my/ 
  2. Klik butang ‘Daftar Pengguna’.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’.
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan diikuti dengan klik butang ‘Log Masuk’.
  5. Klik bahagian ‘Permohonan’.
  6. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang ‘Langkah 2’ atau seterusnya sehingga tamat.
  7. Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.
  8. Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan. Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.

NOTA PENTING: 

  • Pastikan anda mengingat kata laluan anda bagi tujuan permohonan dan penyemakan.
  • Sila tekan butang LOG KELUAR bagi tujuan keluar dari sistem ini apabila selesai sesi.

B. Cara Log Masuk

  1. Layari:  https://eprasekolah.moe.gov.my/ 
  2. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Anda boleh memilih urusan anda. Antaranya ialah:
  • Mengemaskini maklumat
  • Carian institusi
  • Status pendaftaran
  • Semak permohonan

Semak Keputusan Permohonan Prasekolah KPM

Semakan keputusan untuk permohonan anda boleh disemak bermula pada (akan dikemaskini). Semakan ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama. Rujuk maklumat di bawah. 

Rayuan Permohonan

  • Ibu bapa/ penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman web (https://eprasekolah.moe.gov.my/) dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau pejabat pendidikan daerah (PDD) / jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/ penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya. Untuk permohonan secara dalam talian, keputusan rayuan boleh disemak mulai (akan dikemaskini).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman web KPM di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-prasekolah 

Atau, hubungi pihak sekolah yang berdekatan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: