in ,

IPT Dibuka Bagi Pembelajaran Fizikal Bermula 15 Oktober 2021

ADVERTISEMENT

IPT DIBUKA SEMULA BERMULA OKTOBER 2021 UNTUK PEMBELAJARAN FIZIKAL BAGI SEMUA FASA PPN

Selari dengan usaha untuk membolehkan para pelajar mula pulang ke IPT apabila semua lengkap vaksinasi seperti yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lalu, KPT menerusi Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan pembukaan IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Oktober 2021 melalui Pelan Pemulihan Institut Pendidikan Tinggi (PEMULIH IPT) dan telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 15 September 2021 ini.

Bagi menjayakan agenda ini, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah berjumpa dengan YB Khairy Jamaluddin,Menteri Kesihatan Malaysia bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.

ADVERTISEMENT

Baca juga: Tindakan Bakal Dikenakan Kepada Pekerja Yang Enggan Divaksin

Menurut beliau, kemasukan semula ke kampus bagi semua warga IPT adalah tertakluk kepada semua warga IPT yang lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin bertujuan untuk menyediakan IPT komuniti kampus yang selamat apabila ia dibuka semula.

RINGKASAN SOP PENGOPERASIAN IPT BERMULA 15 OKTOBER 2021

📍 Kemasukan pelajar lengkap divaksin ke IPT babit semua kategori dan Fasa PPN, keutamaan kepada pelajar berkeperluan

📍Proses kemasukan pelajar akan gunakan ‘SOP Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT’

📍 Hanya pelajar, staf akademik dan bukan akademik lengkap vaksin, tempoh keberkesanan dibenar masuk kampus, tertakluk kapasiti IPT

📍 IPT perlu kenal pasti pelajar, tentukan jadual pergerakan dan pastikan warga IPT lalui proses saringan kesihatan yang ketat

📍 Bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan

📍 Pelajar IPT di Sarawak, Sabah, Labuan perlu dapat surat kebenaran rentas daerah/negeri daripada polis dan jalani saringan RT-PCR

📍 IPT perlu sediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi uruskan kes-kes bergejala atau jangkitan

📍 Pengurangan yuran 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 Sesi 2021/2022

📍 Bagi kursus/program dalam talian, pelajar boleh pilih teruskan PdP di lokaliti masing-masing

📍 Kemasukan pelajar antarabangsa dari UK, pelajar program Mobiliti dan Edutourism beserta tanggungan sah dibenarkan

Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 orang pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT juga ingin mencadangkan supaya Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) dijadikan PPV khusus untuk pelajar dan kakitangan IPT.

Ini bagi membolehkan program vaksinasi pelajar ini dilaksana secara besar-besaran.

*Sumber: Dato Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi

Baca juga: “Ada Harapan Rentas Negeri, Tapi Kena Bersabar Sikit Lagi,”- KJ

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sop panggung wayang dibuka

Wayang Dah Buka! Ini SOP & Filem Terkini Yang Akan Ditayangkan

Kad Vaksin Sah Digunakan Sementara Peroleh Sijil Digital MySejahtera