Login SPLKPM: ePembelajaran, QR Code, Pembacaan Buku & Mata Kredit

Cara Login SPLKPM Individu, Rekod e-Pembelajaran, Webinar, Ulasan Buku Pelaporan LDP & Mata Kredit

Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM.

Di sini kami paparkan panduan SPLKPM lengkap (bergambar) yang disediakan oleh Nazatul Akma Md Najib, Penyelaras SPL KPM SK Pekan, Semporna untuk memudahkan anda membuat rekod.

Apakah SPLKPM?

Modul Individu ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.

Sila rujuk panduan lengkap di bawah:

Cara Daftar Masuk / Login SPLKPM Individu

Baca juga: APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa (Dari 11 Jan 2021)

Cara Daftar E-Pembelajaran SPLKPM

Nota:
– Bahagian ini di isi jika guru mendapat sijil penyertaan jika hadir mana-mana kursus atau seminar online di luar aktiviti KPM.

Baca juga: Manual PdPR KPM (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah)

Pendaftaran Penyertaan Webinar SPLKPM

Untuk makluman semua, pautan ke sesi webinar dalam talian boleh diakses pada menu SENARAI WEBINAR di laman utama SPLKPM atau mengakses terus pautan sesi webinar tersebut (melalui Youtube dsb).

Justeru, peserta tidak perlu daftar masuk ke modul individu masing-masing untuk melihat pautan tersebut.

Pendaftaran penyertaan webinar dalam modul individu boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas webinar tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan kesesakan capaian ke SPLKPM.

Cara mendaftar webinar SPLKPM boleh dirujuk dalam rajah di bawah:

Cara Pengisian Borang Ulasan Webinar

Setelah selesai mendaftar, sila isikan borang ulasan webinar seperti langkah ini:

Daftar Pembacaan Buku SPLKPM & Isi Borang Ulasan

Rujuk rajah di bawah untuk mendaftar pembacaan buku di dalam sistem SPL KPM.

login splkpm

Seterusnya, rekodkan ulasan seperti contoh di bawah:

login splkpm

Daftar Sumbangan Profesional

Cara mengisi SUMBANGAN PROFESIONAL dalam SPLKPM.

  1. Layari laman web ini: https://splkpm.moe.gov.my/
  2. Pilih: Aplikasi -> Log in Modul Individu
  3. Cari tab Aktiviti Lain PBB -> Senarai Aktiviti PBB -> Sumbangan -> Tambah Aktiviti
  4. Cara Daftar
    • Kategori Sumbangan: Profesional
    • Kategori Penyertaan: Kumpulan
    • Peranan: Penyelaras/Urus Setia
    • Tajuk Program: PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH KE-16
    • Tarikh mula: 26.09.2020
    • Tarikh tamat: 26.09.2020
    • Peringkat: Negeri
    • No.Rujukan/Surat Arahan: Ikut nombor rujukan surat perlantikan berpandukan zon masing-masing.
  5. Tekan SimpanJumlah mata kredit: 5 mata bagi setiap sumbangan. Mata penuh adalah 10 mata kredit.

Sila serahkan gambar/soft copy surat perlantikan atau surat arahan kepada Penyelaras SPLKPM untuk simpanan dokumentasi guru dalam SPLKPM.

Untuk SUMBANGAN BUKAN PROFESIONAL : Jika sumbangan tidak melibatkan surat lantikan/arahan, boleh minta budi bicara daripada Penyelaras SPLKPM masing-masing. Yang penting jujur dan telus membantu komuniti dalam sumbangan.

sumbangan profesional spl kpm

Cara Melayari Pelaporan LDP & Mata Kredit SPL KPM

Dalam pelaporan SPL KPM terbahagi kepada 2 perkara yang perlu dicapai oleh setiap guru iaitu iaitu:

  • Pelaporan LDP – 5 hari kursus
  • Pelaporan Mata Kredit – 42 mata kredit

Untuk melihat laporan anda dalam modul individu, sila login SPLKPM dan ikuti langkah di bawah:

login splkpm

Borang Analisis Keperluan Latihan Guru (Training Need Analyis)

Infografik tentang Borang Analisis Keperluan Latihan Guru (Training Need Analyis) TNA dalam SPL KPM.

Cara Menukar Email Gmail Kepada PDF

Cara Buat QR Code SPLKPM Untuk Kehadiran

Untuk makluman semua urus setia LDP, fungsi QR code untuk pendaftaran peserta boleh digunakan untuk memudahkan anda.

Berikut dikongsikan cara buat QR Code SPLKPM

  1. Login ke SPL KPM
  2. Klik Aplikasi
  3. Pilih Modul SULDP
  4. Masukkan nama pengguna dan kata laluan
  5. Klik Daftar LDP
  6. Lengkapkan maklumat LDP dan klik Simpan
  7. Kembali semula ke menu utama
  8. Klik Senarai LDP Daftar
  9. Klik pada nama LDP yang telah didaftarkan
  10. Klik + Peserta (Semak maklumat kursus terlebih dahulu untuk mengelakkan kesilapan)
  11. Klik ikon QR Code KPM (rujuk gambar di bawah)
  12. Screenchot QR Code atau copy link
  13. QR Code akan digunakan untuk mendaftarkan peserta LDP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://splkpm.moe.gov.my/ atau rujuk panduan pengguna sepenuhnya di SINI: MANUAL PENGGUNA SPLKPM

*Sumber NOTA SPLKPM ini disumbangkan oleh Nazatul Akma Md Najib, Penyelaras SPL KPM SK Pekan, Semporna dan ia telah diterbitkan semula dengan kebenaran.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: