Semakan UKKM 2022 (Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM)
SEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2022, pada Disember depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat itu, bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.
Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.
Calon terbabit akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.
Sementara itu, beliau berkata Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.
Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM
Dimaklumkan bahawa semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula 10 pagi, 29 November 2021.
Semakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.
Semakan online UKKM boleh dibuat di pautan berikut:
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1
- Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4
Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
- Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
Pertukaran Tarikh, Masa & Tempat Ujian Tidak Dibenarkan
Beliau berkata calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.
Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.
Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.
Baca juga:
- Kalendar 2022 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah KPM (Dikemaskini)
- Rumput Helikopter / Pendul Untuk Kucing Sakit Parvo, Demam, Selesema
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.