Sony Xperia 10 III Lite Sebuah Peranti Pintar Dengan Teknologi eSIM

Pada awal tahun lalu, syarikat Sony telah melancarkan peranti pintar kelas pertengahan mereka iaitu Sony Xperia 10 III. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan siri terbaharu Xperia 10 III yang dikenali sebagai Sony Xperia 10 III Lite.

Berbeza dengan Sony Xperia 10 III, peranti pintar terbaharu ini didatangkan dengan storan yang rendah iaitu 64GB.

Peranti pintar ini juga tidak disertakan sokongan radio FM dan slot kad sim. Ini kerana ianya akan dihubungkan terus menerusi mobile virtual network operator (MVNO) dengan menggunakan teknologi eSIM.

Bagi spesifkasi peranti pintar ini pula, ianya menggunakan skrin 6 ini OLED Full HD+ dan menggunakan cip pemprosesan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 690.

Peranti pintar ini juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 30W dan dipadankan dengan bateri sebesar 4500mAh.

Kamera hadapan didatangkan dengan 8MP dan pada bahagian belakang, terdapat tiga kamera yang terdiri daripada 12MP bagi kamera utama, 8MP kamera telephoto dan 8MP kamera ultra lebar.

Ciri-ciri lain pula yang terdapat pada peranti adalah pengimbas cap jari sisi, sokongan bicu audio 3.5mm dan juga terdapat penarafan IP65/68 untuk kalis air dan debu.

Buat masa ini, Sony Xperia 10 III Lite hanya akan dijual di pasaran Jepun dengan tanda harga JPY46,800 (RM1,810). Namun tidak mustahil jika Sony akan melancarkan peranti pintar untuk pasaran tempatan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: