Bantuan Ibu Tunggal: Daftar & Kemaskini Borang Profiling JPW
PERHATIAN: PENGISIAN BORANG PROFILING IBU TUNGGAL UNTUK MENYELARASKAN INISIATIF & BANTUAN JPW – KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sedang mengumpul maklumat Ibu Tunggal untuk menyelaraskan inisiatif dan program yang sesuai untuk membantu Ibu Tunggal.
Pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal (JPW)
Di Malaysia, terdapat pelbagai skim bantuan ibu tunggal yang turut merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, dan perniagaan yang khusus untuk memperkasakan wanita.
Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.
Bagi tahun ini, pelaksanaan bantuan ini masih belum diumumkan.
Namun, anda digalakkan untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal melalui pautan Google Docs Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mendapatkan update terkini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan bantuan yang sistematik bagi golongan ini.
Sila layari pautan ini untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal : https://forms.gle/2L2wn7wqhCSzBdpB6
Tarikh Akhir Pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal
Tarikh akhir bagi menghantar dan mengisi borang ini adalah pada 5 Julai 2021.
Bagi permohonan secara manual, pertanyaan boleh diajukan melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.
Semoga dengan maklumat ini, pihak Kementerian dapat mengatur gerak tindakan yang lebih sistematik dan berkesan bagi membantu memperkasakan ibu tunggal. Justeru, maklumat yang diberikan perlu tepat dan jelas.
Baca juga:
- Senarai Bantuan Ibu Tunggal & Surirumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun
- PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)
- Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000
Maklumat Lanjut
Untuk info terkini tentang bantuan ini nanti, ia akan dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM dan Jabatan Pembangunan Wanita jika permohonan akan dibuka semula buat tahun berikutnya beserta lain-lain aktiviti yang diadakan untuk pembangunan wanita.
Sila follow:
- Facebook: https://www.facebook.com/JPWanita
- Twitter: https://twitter.com/JPWanita
- Telegram: https://t.me/infojpw
Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]