Cara Mohon i-Citra Step-by-Step & Tips Untuk Yang Guna Handphone
Cara Mohon i-Citra : Penjelasan Langkah Demi Langkah
Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat
- Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Cara Mohon i-Citra Step-by-Step
Berikut adalah Panduan utk memohon pengeluaran I-Citra :
1. Buka laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/. Klik pada PERMOHONAN
Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.
2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)
OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.
3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN
Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.
Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2).
Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.
4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN
Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.
Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.
5. Sila check maklumat anda.
Pastikan No Akaun Bank anda betul.
Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betul.
Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut suka, bubuh alasan apa pun boleh).
6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.
Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.
7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.
Muat Turun untuk rujukan.
– Peringatan –
Sila pastikan amaun yang dimohon adalah tepat kerana anda tidak boleh membuat sebarang pindaan amaun setelah permohonan dibuat.
Kenapa Tak Boleh Buka Kotak Pengesahan?
Ramai yang tanya soalan yang sama – tak boleh buka link dan tak stuck dekat sini.
Jadi, untuk buka link Terma & Perakuan, klik link, lepastu “Open in Chrome”.
Bila sampai “Saya dengan ini mengesahkan”, klik perkataan “Di sini” – Hijau lepas tu baru klik Tick, – (Rujuk anak panah Kuning di bawah).
Semoga membantu!
*Kredit: Firdaus Shakirin
Semakan Status
Semakan status boleh mula dibuat mulai 16 Julai secara berperingkat.
Rujuk cara membuat semakan seperti berikut:
- Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
- Tekan menu Semakan Status
- Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
- Tekan butang Semak Status.
- Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
Baca juga: Bakul Prihatin Negara : Syarat, Cara Permohonan & Muat Turun Borang
Maklumat Lanjut Tentang Cara Mohon i-Citra & Semakan Status
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848