in

Yummy! Resipi Nasi Minyak Ala-Ala Kenduri Kahwin Di Kampung

resipi nasi minyak

Kebiasaannya, waktu musim raya ni banyak kenduri kendara.

Sebab masa ni je ramai dapat cuti panjang.

Tapi, sepanjang tempoh PKPB kenduri tak dibenarkan.

Kalau rindu nak makan nasi minyak jom kami kongsikan resipi nasi minyak paling mudah anda boleh buat lengkap dengan ayam masak merah, acar nenas, dan kuah kacang dal.

Yang paling padu, hanya guna beras biasa dah boleh buat nasi minyak.

Dan paling best, guna rice cooker kat rumah jer.

Jom kita mula!

Resipi Nasi Minyak Beras Biasa

Bahan-bahan:-

  • 6 cawan beras
  • 3 sudu besar margerin
  • Daun Pandan
  • Rempah 3 beradik
    • bunga cengkih
    • bunga lawang
    • kayu manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besar oren sunquick

Cara memasak:

  1. Cairkan margerin di atas kuali yang panas.
  2. Dah cair, tumis je rempah 3 beradik tu sekali dengan daun pandan bersimpul.
  3. Dah bau wangi, campurkan je dengan nasi yang dah dicuci ke dalam rice cooker.
  4. Tuangkan susu cair ke dalam rice cooker tadi.
  5. Campurkan sesudu besar oren sunquick dan gaul sehingga sebati. (yang ni menyerlahkan lagi kewangian & kesedapan nasi minyak)
  6. Kemudian, masukkan air sukatan seperti selalu masak nasi biasa.
  7. Bila dah siap, jadilah macam dalam gambar ni.

** Agak kalau nak warna menarik lagi, bolehlah dicampurkan dengan kunyit atau perwarna untuk memeriahkan lagi makan-makan nanti.

Resepi Ayam Merah

Bahan – bahan:

  • Ayam separuh – dicuci dan ditabur garam dan serbuk kunyit – dimasak separa / goreng lembap.
  • Cili kering*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serai yang diketuk
  • Gula nisan / gula merah secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili

*bahan perlu dikisar

Cara memasak:

  1. Serai & lada ditumis bersama sehingga pecah minyak
  2. Gula nisan / gula merah, sos cili dan sos tiram dimasukkan dan gaul hingga sebati. Boleh tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan ayam goreng separa tadi dan gaulkan.
  4. Siap dah ayam masak merah kita.

Resepi Kuah Dalca Ayam

Bahan – bahan:

  • Tulang ayam
  • Daun kari
  • Lada merah besar – dibelah dua
  • Sedikit asam keping
  • Santan pekat secukup rasa
  • Terung dan kacang panjang
  • Bahan direbus sampai empuk dahulu
    • 4 sudu besar kacang dhal
  • Bahan ditumbuk
    • Bawang merah
    • Bawang putih
    • Halia
  • Bahan pes
    • 1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1 sudu besar serbuk kari ikan

Cara memasak:

  1. Daun kari ditumis dengan minyak yang panas.
  2. Dimasukkan bahan ditumbuk untuk ditumis sehingga harum semerbak.
  3. Masukkan pes kari dengan sedikit air dan digaulkan sehingga pecah minyak.
  4. Dimasukkan tulang ayam, asam keping dan lada merah. Biar sehingga ayam empuk.
  5. Dimasukkan dhal yang sudah empuk tadi bersama.
  6. Sayur seperti terung dan kacang panjang dimasukkan. Kalau suka, boleh tambah carrot dan kentang.
  7. Masukkan santan, gaul sebati.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga sayur empuk.
  9. Walla, siap sedia untuk dihidang.

Resepi Acar Nenas Timun

Bahan – bahan:

  • Bahan dipotong
    • Nenas
    • Timun
  • Bahan dimayang
    • Bawang
    • Cili merah besar
  • 1 sudu besar Sunquick
  • 1 sudu kecil gula pasir

Cara penyediaan:

  1. Masuk semua bahan bahan dalam satu mangkuk besar.
  2. Gaul semua sehingga rata.
  3. Fuhh, siap untuk dinikmati bersama.

(**mesti kecur air liur masa baca resepi ni kan )

Dah siap untuk dihidang.

sedap mata memandang, sedap lagi bila disuapkan.

Makan masa musim raya, ditambah pula PKPB, memang memori sungguh.

Mudah kan resepi ni?

Selamat mencuba ye guys. 🙂

Kredit : Mizah Ngatiman

What do you think?

Written by izzuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rak Buku

Cari Rak Buku Pun Salah Ke? 10 Nasihat Dari Mufti Pulau Pinang

bil elektrik

Bil Elektrik Tinggi? TNB Izinkan Pembayaran Ansurans Sehingga Disember