Malaysia Futsal Cup 2023: Pasukan Bertanding & Jadual Perlawanan
Malaysia Futsal Cup 2023 adalah merupakan sebuah kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah dianjurkan sejak tahun 2022.
Kejohanan ini menjadi acara tahunan yang mana penyertaan pasukan dalam kejohanan ini ditentukan berdasarkan kedudukan mereka dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL).
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai kejohanan futsal ini.
Malaysia Futsal Cup 2023
Malaysia Futsal Cup berfungsi sebagai piala domestik untuk sukan futsal di Malaysia. Kejohanan ini dipertandingkan oleh 8 pasukan; 6 pasukan layak terus dan 2 pasukan dari pusingan kelayakan.
Perlawanan Piala Futsal Malaysia pertama berlangsung pada 11 Jun 2022 dan berakhir dengan kemenangan MAC Selangor ke atas Shah Alam City dengan jaringan 2–1 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, Selangor.
Pemenang pertandingan dianugerahkan slot untuk bertanding dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF.
Kelayakan Masuk Malaysia Futsal Cup
Kelayakan ke Piala Futsal Malaysia dibahagikan kepada dua laluan.
Laluan pertama ialah tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) akan layak terus ke peringkat kalah mati, manakala laluan kedua ialah keempat dan kelima pasukan tempat Kumpulan A dan B dalam MPFL akan bermain dalam pusingan kelayakan untuk layak ke peringkat kalah mati.
Dalam pusingan kelayakan, pasukan dari Kumpulan A dan B dalam MPFL akan menentang setiap satu untuk mencapai kelayakan ke peringkat kalah mati.
Ini bermakna pasukan tempat keempat Kumpulan A akan menentang pasukan tempat kelima Kumpulan B dan pasukan tempat keempat Kumpulan B akan menentang pasukan tempat kelima Kumpulan A.
Format pertandingan
Kejohanan ini menggunakan format kalah mati – di tempat sendiri dan di tempat lawan, bermula dari suku akhir, separuh akhir dan akhir.
8 pasukan – 6 pasukan yang layak terus dan 2 pasukan daripada pemenang pusingan kelayakan akan diundi masing-masing.
Pasukan Bertanding
Terdapat 8 pasukan yang akan bertanding dalam Malaysia Futsal Cup iaitu:
- Johor Darul Ta’zim
- Pahang Rangers
- Selangor MAC
- Selangor TOT United
- Terengganu
- Shah Alam City
- Kuala Lumpur City
- Pulau Pinang
Jadual Perlawanan Malaysia Futsal Cup 2023
Menerusi majlis undian yang dijalankan di Wisma FAM, empat perlawanan Malaysia Futsal Cup 2023 telah ditentukan dan kemungkinan ulangan final MPFL bakal berulang apabila Pahang Rangers dan JDT mungkin boleh bertemu sekali lagi.
Suku Akhir pertama menyaksikan Pahang Rangers akan bertemu Selangor TOT United manakala suku akhir kedua pula bakal menemukan Terengganu dan Pulau Pinang dengan pemenang kedua-dua suku akhir ini akan bertemu di separuh akhir.
Manakala, suku akhir ketiga akan menyaksikan Shah Alam City dan Selangor MAC berentap dan suku akhir keempat pula menemukan Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim.
Peringkat suku akhir dan separuh akhir bakal diadakan secara timbal balik manakala perlawanan akhir akan berlangsung secara satu perlawanan sahaja bagi membawa pulang trofi dan gelaran juara Malaysia Futsal Cup 2023.
Anda boleh rujuk infografik di bawah.
- Selangor TOT United vs Pahang Rangers FC
- Terengganu vs Pulau Pinang
- Shah Alam City vs Selangor MAC
- KL City FC vs Johor Darul Ta’zim
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut, anda boleh ikuti Instagram FA MALAYSIA.