in

TERKINI: Rayuan Ziyad Masih Dalam Proses, Majlis Penyampaian Hadiah Ditangguhkan

ADVERTISEMENT

Update terkini: 10.20pm (Waktu Malaysia)

Ini adalah maklumat terkini dari kontinjen Malaysia di Tokyo. Sehingga kini, keputusan pertandingan Lontar Peluru F20 (Shot Put) yang melibatkan Ziyad Zolkefli adalah seperti yang kita sedia maklum.

ADVERTISEMENT

Dan, dengan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan di mana mereka telah menerima bantahan yang dibuat oleh Ukraine dan seterusnya membatalkan penyertaan Ziyad dan dua atlet dari Australia dan Equador.

Justeru, dengan itu, peserta Ukraine, Maksym Koval telah dianggap sebagai pemenang pingat emas bagi acara tersebut.

Walau bagaimanapun, peraturan pertandingan sememangnya membenarkan rayuan dibuat oleh mana-mana negara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Malaysia dengan sokongan padu dari Australia dan Equador (walaupun kedua-dua atlet mereka tidak berpeluang memenangi pingat) telah mengemukakan rayuan bersama dengan beberapa butiran justifikasi yang sepatutnya untuk membatalkan bantahan awal Ukraine.

Juri rayuan akan mengadakan perbincangan bersama bukti-bukti yang lain seperti rakaman video, masa bantahan dibuat dan sebagainya dan keputusan tersebut akan dipaparkan dalam website Tokyo Paralimpik 2020.

Sumber : Facebook DS Ti Lian Ker

Sekiranya keputusan tersebut tidak memihak kepada Malaysia, Australia dan Equador, kontinjen Malaysia akan memfailkan rayuan dalam mesyuarat CDM yang dijadualkan esok pagi.

Sementara itu, keputusan pertandingan masih kekal seperti asal dan difahamkan bahawa majlis penyampaian hadiah turut ditangguhkan sehingga keputusan muktamad mengenai rayuan tersebut diputuskan.

Sekian untuk makluman semua seluruh rakyat Malaysia. Bersama-sama kita doakan kemenangan kembali pada kita akhirnya!

Sumber: Timbalan Menteri Belia & Sukan, Dato Sri Ti Lian Ker

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Pai Cendawan Ayam. Makan Sebiji Pun Kenyang!

Grand Lexis Tawar Promosi Istimewa Merdeka 2021, Wajib Lengkap 2 Dos