MFL Challenge Cup 2023: Tarikh, Jadual Perlawanan & Siaran Langsung
MFL Challenge Cup 2023 | Setelah dibatalkan dibatalkan pada tahun 2020, 2021 dan 2022 ekoran wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika itu, MFL Challenge Cup kini kembali pada tahun 2023.
Penganjuran semula MFL Challenge Cup atau dahulunya dikenali sebagai Malaysia Challenge Cup ini telah diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL).
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan MFL Challenge Cup 2023
MFL Challenge Cup 2023 mula dianjurkan pada tahun 2018. Namun hanya berjaya dilangsungkan selama dua tahun iaitu pada tahun 2018 dan 2019 dan ini merupakan tahun ketiga penganjurannya.
Kejohanan ini diwujudkan untuk pasukan Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia yang tidak layak ke kejohanan Piala Malaysia menerusi kedudukan liga mereka pada penghujung musim liga.
Idea penganjuran kejohanan ini dicetuskan oleh Football Malaysia pada Disember 2017 sebagai penyelesaian kepada ketidakaktifan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia yang lebih berprestij.
Penganjuran kejohanan ini dilihat sebagai satu lagi peluang untuk memenangi piala untuk pasukan bertanding, mengekalkan kelebihan daya saing antara pasukan yang mengambil bahagian dan sebagai cara untuk menganalisis pemain dalam pasukan mereka sebagai persediaan untuk musim depan.
BACA JUGA: Piala FA 2023 – Kedudukan Carta Terkini & Jadual Perlawanan
Senarai Pasukan Bertanding
MFL Challenge Cup 2023 kali ini hanya akan melibatkan lapan pasukan yang terdiri daripada pasukan yang tewas di pusingan 16 Piala Malaysia dan tidak layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia. Berikut ialah antara pasukan yang terlibat:
- Kelantan United
- Kelantan FC
- Kuching City FC
- Kedah Darul Aman FC
- PDRM FC
- Kuala Lumpur Rovers
- Penang FC
- Harini Selangor FT
Kelapan-lapan pasukan ini, akan terus bermain di peringkat suku akhir MFL Challenge Cup 2023. Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak
Format Pertandingan
Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia. Perlawanan MFL Challenge Cup akan diadakan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) manakala, perlawanan Piala Malaysia pula pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Pertandingan ini akan diadakan dengan format kalah mati dimana setiap pasukan akan bermula dengan peringkat suku akhir.
Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak.
MFL memaklumkan bahawa penentuan jadual perlawanan bagi kejohanan ini akan ditetapkan secara seeding atau seperti yang diputuskan oleh MFL.
Pemenang kejohanan untuk edisi ini atau edisi akan datang mungkin menerima slot dalam Piala Malaysia sekiranya kejohanan ini mencapai objektifnya dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia dilakukan.
BACA JUGA: Liga Super 2023 – Carta Keputusan Terkini & Jadual Perlawanan
Tarikh & Jadual Perlawanan MFL Challenge Cup 2023
Malaysian Football League (MFL) telahi memaklumkan bahawa penetapan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 dan MFL Challenge Cup 2023 hanya akan dibuat selepas selesai undian pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC 2023.
Ini berikutan tiga kelab Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC bakal bersaing di pentas Asia musim ini.
Selepas keputusan undian diketahui, MFL akan dapat menyelaras jadual baki saingan Piala Malaysia, MFL Challenge Cup serta Liga Super dengan lebih baik bagi memastikan kelancaran pertandingan.
Edisi ke-21 ACL dan Edisi ke-19 Piala AFC bakal bermula pada September depan hingga Mei 2024.
Kredit: Asean Football
Siaran Langsung
Anda boleh menyaksikan saingan MFL Challenge Cup secara langsung (live) menerusi saluran Astro Arena 2, Sukan RTM, TV Okey.
Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket-tiket perlawanan, anda boleh membuat pembelian tiket secara online menerusi https://www.ticket2u.com.my/
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau perkembangan terkini mengenai MFL Challenge Cup 2023, sila layari:
- Laman web: https://www.malaysianfootballleague.com
- Facebook: https://www.facebook.com/malaysianfootballleague