Hari Sukan Negara 2023 – Tarikh & Senarai Acara Diadakan
Hari Sukan Negara 2023 – Tarikh & Senarai Acara Diadakan | Untuk pengetahuan anda, Hari Sukan Negara 2023 kini kembali lagi. Terdapat pelbagai aktiviti dan acara bakal diadakan serta terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. Jom baca!
Hari Sukan Negara 2023
Program Hari Sukan Negara diadakan untuk mengajak semua rakyat Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah. Program ini sekaligus menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Menariknya, anda boleh sertai aktiviti-aktiviti sambutan Hari Sukan Negara di peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ bahagian/ kawasan.
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi:
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
- Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
- Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
- Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
- Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi
BACA JUGA: Piala Asia B-23 AFC 2024: Senarai Pasukan Bertanding, Tarikh & Jadual Perlawanan
Tarikh Sambutan – Peringkat Daerah, Negeri & Kebangsaan
Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2023 bagi peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti berikut:
- Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
- Masa : Mulai 6.30 Pagi
- Lokasi / tempat : Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya
Sehubungan dengan itu, pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.
Manakala, penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri dan Bahagian di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 28 Oktober 2023 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Tema
Dengan tema #FitMalaysia dan #HSN2023, sasaran penyertaan untuk sambutan kali ini adalah seramai 4.5 juta orang seluruh negara.
Senarai Acara Program Hari Sukan Negara – Peringkat Kebangsaan & Negeri
Berikut ialah antara senarai acara menarik sempena HSN 2023;
1. Majlis Perasmian HSN 2023
2. The Lightning Stacking Challenge
3. The Ride Maulidur Rasul
4. Senamrobik
5. Program W-Fit Community
6. Karnival Silat Pantai
7. Kejohanan Teqball Kebangsaan
8. Acara Kecergasan Fit Malaysia Kebangsaan
9. 23x Lunges Challenges
10. 4KM Fun Run
Sambutan & Acara HSN 2023 – Mengikut Negeri
Anda boleh scan QR Code di bawah untuk maklumat terkini mengenai acara utama HSN 2023 mengikut negeri, atau layari: https://www.harisukannegara.my/acara-hsn-2023
Fakta Mengenai Hari Sukan Negara 2023
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau terkini tentang aktiviti dan program peringkat negeri / Kebangsaan Hari Sukan Negara 2023, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi Hari Sukan Negara
- Facebook JBSNegara