Sukan Asia 2023: Persiapan Atlet dan Tarikh Kejohanan Berlangsung

Sukan Asia 2023 bakal diadakan pada September 2023, iaitu lebih kurang sebulan daripada hari ini. Untuk memastikan negara Malaysia mencipta kejayaan pada temasya sukan tersebut, Kementerian Belia dan Sukan, (KBS) bakal mengadakan beberapa bengkel bagi memastikan semua atlet dan pegawai bersedia sepenuhnya. 

Persediaan Atlet Sukan Asia 2023

Untuk temasya Sukan Asia 2023, Malaysia akan menghantar 294 atlet bagi bersaing dalam 29 acara bagi 23 jenis sukan ke Hangzhou, China pada bulan hadapan. Persediaan telah dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu. 

Berikut ialah antara persediaan yang dilakukan mengikut kategori yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Asia 2023:

  • Tujuh atlet Wushu berkampung selama sebulan di Beijing, China untuk fokus dan membuat persiapan rapi. Atlet negara perlu bersedia secara mental dan fizikal demi berhadapan dengan atlet wushu negara lain termasuk dari negara tuan rumah, Hong Kong, Macau dan Taiwan.
  • Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menyenaraikan 15 daripada 25 pemain ke Program Sukan Asia 2022 sebagai persediaan mengharungi temasya tersebut.
    • Senarai nama tersebut mempunyai campuran pemain baru dan senior bagi memastikan kesinambungan pemain berpengalaman diteruskan. 
    • Pemilihan pemain  dinilai berdasarkan prestasi semasa acara sukan sebelum ini iaitu Sukan SEA 2023, Liga Sepak Takraw 2022/2023 dan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2023.
    • Kesemua pemain dilaporkan akan bertolak ke Ratchaburi, Thailand untuk berlatih di sana. Di samping itu, mereka juga akan turut serta dalam Kejohanan Piala Pattaya sebagai sebahagian persiapan ke Sukan Asia tidak lama lagi.
Sukan Asia 2023
  • Seramai 12 penerjun negara akan berada di China pada 15 Ogos sehingga 26 Ogos sebelum bergerak ke Hangzhou.
  • Untuk penerjun sensasi negara pula, Nur Dhabitah Sabri sedang menjalani proses pemulihan kecederaan dan belum 100 peratus sembuh dan penyertaannya belum diputuskan lagi. 
  • Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia, Datuk Chong Kim Fatt berkata, seorang atlet telah ditambah pada saat akhir iaitu atlet karate, Zakiah Adnan. 
  • Pada masa yang sama 402 pegawai juga akan dibawa ke Hangzhou.

BACA JUGA: Sukan SEA 2023 – Jadual Atlet Malaysia & Jadual Siaran Langsung

Tarikh Sukan Asia 2023 

Sukan Asia 2023 bakal diadakan dari 23 September hingga 8 Oktober 2023. 

Sasaran Pingat  Sukan Asia 2023

Sasaran pingat untuk kejohanan ini akan diumumkan kelak, selepas bengkel-bengkel bagi persiapan Sukan Asia selesai.

Terdahulu, MOM mengesahkan Malaysia akan diwakili oleh 292 atlet, yang akan bersaing dalam 29 acara dalam 23 jenis sukan.

BACA JUGA: Kebaikan Mandi Air Panas Sama Seperti Bersukan? Ini Penjelasan Pakar

Maklumat Lanjut 

Ikuti laman Facebook rasmi KBSMalaysia dan 19th Asian Games Hangzhou 2022. untuk ketahui perkembangan terkini mengenai temasya sukan ini. 

Ayuhla bersama-sama kita berikan sokongan kepada atlet negara sempena Sukan Asia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Malaysia boleh!

Sumber : Utusan Malaysia

Sukan Asia 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: