PdPR Disambung: KPM Umum PdPR 25 Hari Mulai 13 Jun 2021

PDPR AKAN DILANJUTKAN SELEPAS CUTI PERTENGAHAN PENGGAL BERMULA 13 JUN 2021

Sidang media khas berkenaan pengoperasian sekolah KPM oleh Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara langsung pada 6 Jun 2021, jam 10.00 pagi telah mengumumkan bahawa PdPR akan diteruskan selama 25 hari lagi mulai 12 / 13 Jun 2021.

Hal ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan melalui LIVE Facebook dan menerusi siaran TV utama.

Sebelum ini telah diumumkan bahawa PdPR akan dijalankan selepas Hari Raya Aidil Fitri dan kemudian disambung dengan cuti penggal sehingga 12 / 13 Jun 2021 ini.

pdpr dilanjutkan sehingga ogos

PdPR Disambung Selepas Cuti Penggal Pertengahan Tahun

Menurut beliau, PdPR akan diteruskan perlu dilaksanakan sepanjang tempoh 25 hari selepas cuti pertengahan penggal bermula 13 / 14 Jun 2021.

Ini berikutan situasi semasa yang menyaksikan kes positif wabak yang masih tinggi.

Ia tertakluk kepada semua sekolah KPM termasuk sekolah antarabangsa berdasarkan takwim masing-masing (rujuk takwim persekolahan KPM di bawah).

Bagi sesi persekolahan seterusnya selepas 25 Julai, KPM akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum berdasarkan situasi wabak yang berlaku pada waktu itu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa ibu bapa dan guru-guru boleh memanfaatkan rancangan pelajaran menerusi DidikTV sepanjang tempoh PdPR yang akan dilaksanakan.

Dr Radzi Jidin turut menyentuh tentang status Program CERDIK yang kini masih diteruskan dan sedang berjalan selari dengan jadual pengagihan peranti dan tablet seperti yang diumumkan awal tahun ini.

Setakat ini, 12,887 unit telah diagihkan, 40,290 pada 12 Jun dan baki 96,823 pada September 2021.

KPM komited memastikan semua peranti dan laptop dapat diagihkan mengikut jangka masa yang dijadualkan.

Baca juga: Inisiatif CERDIK: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Semakan pendaftaran sekolah khusus SBP, SMKA, KV, SMT dan SMTKV boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan pendaftaran secara PdPR dibuat mulai 13 Jun dan 14 Jun.

Tarikh SPM 2021

Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:

  • Ujian lisan & Amali Sains : Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022

Baca juga: Keputusan SPM 2020 Akan Diumum 10 Jun 2021. Ini Cara Semakan

Saksikan sidang media ini secara LIVE di saluran yang tertera berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: