Tiada Lagi Bayaran Unik ID UPUOnline Bagi Sesi Akademik 2021/2022

PENGECUALIAN BAYARAN UNIK ID BAGI PROSES UPUONLINE BAGI SESI AKADEMIK 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Justeru, melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Baca juga: Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021/ 2022 (Mulai 15 Mac 2021)

Tarikh permohonan adalah berdasarkan kategori pemohon seperti dalam jadual berikut:

Bayaran unik id

Baca juga: Permohonan PISMP & PPC Untuk Lepasan SPM 2020

KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Untuk maklumat lanjut tentang pengecualian bayaran unik ID, sila rujuk surat siaran rasmi seperti yang dilampirkan di bawah ini:

Bayaran unik id

*Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Kementerian Pengajian Tinggi
No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia.

Laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) : http://www.mohe.gov.my/

Nombor Telefon: 03-8000 8000