in

Semakan Kemasukan & Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021/2022

ADVERTISEMENT

Permohonan dan semakan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM bagi tahun 2021.

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi akan boleh dibuat pada 8 Julai 2021 jam 3.00 petang.

Permohonan telah dibuka mulai 17 Jun 2021 jam 3.00 petang hingga 22 Jun 2021 jam 3.00 petang.

Berikut dikongsikan info lanjut dan cara membuat semakan kemasukan di matrikulasi-matrikulasi yang terdapat di seluruh negara berdasarkan jurusan / aliran yang ditawarkan.

ADVERTISEMENT

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan atau hubungi talian yang tertera di atas.

Berikut disertakan maklumat lanjut untuk rujukan calon lepasan SPM dan ibu bapa / penjaga.

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Untuk memastikan program matrikulasi berada pada landasan yang betul, peringkat awal pengurusan dan pengendalian program telah berpandukan kepada program yang sedia ada di IPTA dengan membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan KPM.

Kepakaran IPTA masih digunakan dalam urusan penggubalan, penaksiran, pemeriksaan dan juga pembangunan kurikulum serta dalam hal-hal lain yang berkaitan. Malahan kursus-kursus peningkatan profesionalisme pensyarah juga masih menggunakan tenaga pakar dari IPTA.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM

Antara kelebihan dan keistimewaan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:

  • Satu tahun pengajian
  • Kurikulum digubal oleh universiti awam
  • Lulusan matrikulasi berpeluang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  • Diiktiraf univerisiti luar negara
  • Pembiayaan oleh kerajaan bagi mereka yang layak
  • Yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan
  • Kemudahan penginapan percuma
  • Pelbagai aktiviti pelajar
  • Laluan pantas ke universiti awam

Baca juga: Permohonan PISMP & PPC Untuk Lepasan SPM 2020

Jurusan / Aliran Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi KPM menawarkan tiga jurusan iaitu:

  1. Jurusan Sains:
    a) Sains Hayat
    b) Sains Fizikal
    c) Sains Komputer
  2. Jurusan Kejuruteraan:
    a) Kejuruteraan Asas
    b) Kejuruteraan Awam
    c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    d) Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jurusan Perakaunan
    a) Perakaunan
    b) Perakaunan Profesional
permohonan matrikulasi 2021

Syarat Kelayakan Permohonan Matrikulasi 2021

Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi 2021 adalah seperti berikut:

  • Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021.
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. (rujuk senarai jurusan / aliran di bawah)

a. Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian
    • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/
    • Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains
    • Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
    • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/
    • Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik

Pemohon juga perlu mengambil mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains
  • Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
  • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains
  • Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
  • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan
  • Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
  • Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik
  • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/
  • Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
  • Elektronik
permohonan matrikulasi 2021

Senarai Matrikulasi Di Malaysia

Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.

Berikut adalah senarai matrikulasi yang terdapat di seluruh Malaysia.

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

NOTA:

Jurusan Sains ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Jurusan Kejuruteraan hanya ditawarkan di:

  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Jurusan Perakaunan ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Sarawak dan Kolej MARA Kulim.

Jurusan Perakaunan Profesional hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor

Cara Semakan Kemasukan Matrikulasi 2021 / 2022

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 telah dibuka mulai 17 Jun 2021 hingga 22 Jun 2021.

Bagi yang telah membuat permohonan Mac lalu, anda boleh membuat semakan mulai 7 Julai 2021.

Sila layari laman web rasmi http://matrikulasi.moe.gov.my untuk membuat permohonan dan semakan keputusan pada tarikh tersebut.

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan Matrikulasi 2021

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan matrikulasi 2021, sila rujuk senarai set Soalan Lazim di pautan ini:

https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/matrikulasi-2/4176-solan-lazim-sesi-2021-2022/file

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kuih Puteri Ayu Terlajak Gebu. Ini Rupanya Cara Nak Buat!

gkp 3.0

GKP 3.0 Tambahan : Baki RM500 PEMERKASA+ Telah Dikreditkan 12 Julai