in

Panduan Semakan Keputusan SPM 2020 / Muat Turun Slip Mulai 10 Jun 2021

semakan keputusan spm 2020
ADVERTISEMENT

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020 YANG AKAN DIUMUMKAN PADA 10 JUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut.

  • Tarikh : 10 Jun 2021
  • Masa: Mulai jam 10.00 pagi

Berikut dilampirkan infografik dan garis panduan semakan keputusan SPM, cara muat turun slip keputusan penuh serta cara membuat semakan semula keputusan SPM sekiranya dirasakan terdapat kesilapan.

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2020

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di portal myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  2. Menerusi khidmat SMS untuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

Sila rujuk infografik di bawah:

TERDAPAT 2 KAEDAH SEMAKAN

semakan keputusan spm 2020

CARA SEMAKAN MELALUI SMS

semakan keputusan spm 2020

Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.

NOTA: Calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah kerana situasi COVID19

Baca juga: Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)

Cara Muat Turun Slip Keputusan SPM Penuh

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

semakan keputusan spm 2020

Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin

Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

  1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
  2. Pilih Menu Perkhidmatan
  3. Pilih tab > Semak Semula
  4. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

NOTA:

  • Tarikh buka permohonan adalah dari 10 Jun hingga 10 Julai 2021.
  • Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
  • Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

Untuk membuat permohonan semakan secara manual, sila rujuk panduan berikut: Panduan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beralih Dari Android Ke iPhone Dengan Mudah. Hanya Guna Cara Ini!

semakan keputusan spm 2020

Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM Penuh (Mulai 14 Jun 2021)