ASNB Umum Agihan Pendapatan 2.74 sen Seunit Bagi ASN Imbang 1

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

ASN Imbang1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92%, mengatasi penanda arasnya sebanyak 7.13%.

Dana tersebut membayar pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta yang bersamaan 2.74 sen seunit kepada 44,752 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Asn imbang 1

Baca juga:

Penangguhan Urusniaga ASN Imbang 1

Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 26 hingga 30 November 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2021.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/PRASNImbang1

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: